Pengeluaran Vivo Apex Bermula Pertengahan 2018

Diperkenalkan sebagai peranti konsep, Apex™ oleh Vivo telah dilancarkan di China dan proses pengeluaran besar-besaran dijangka akan bermula pada pertengahan tahun ini.

Peranti ini diperkenalkan oleh Vivo di MWC 2018 dan menampilkan rekaan panel hadapan bezerless dengan 91% nisbah skrin bersama badan peranti dan juga pengimbas cap jari yang terbina di dalam skrin paparan.



Mengikut blog China, ITHome, Apex™ akan dipacu menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 845 dan menampilkan skrin 5.99 inci dengan paparan OLED dengan teknologi COF.



Tiada harga rasmi yang diketahui lagi setakat ini dan untuk maklumat penuh mengenai peranti ini, boleh lawati kiriman kami di SINI.