Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengeluaran Telefon Pintar Essential Ditamatkan

Pengeluaran Telefon Pintar Essential Ditamatkan

Diterbitkan Februari 13, 2020 · Dikemas kini Februari 13, 2020 oleh ariff bukhari

Ketiadaan yang tidak dirindukan.

Essential hari ini mengumumkan bahawa mereka terpaksa memberhentikan pengeluaran telefon pintar mereka iaitu Essential Phone. Keputusan itu terpaksa dibuat hanya selepas kurang daripada 5 tahun syarikat yang dimiliki oleh pembangun bersama sistem operasi telefon pintar Android, Andy Rubin itu ditubuhkan.

“Our vision was to invent a mobile computing paradigm that more seamlessly integrated with people’s lifestyle needs. Despite our best efforts, we’ve now taken Gem as far as we can and regrettably have no clear path to deliver it to customers. Given this, we have made the difficult decision to cease operations and shutdown Essential.” Essential.

Sejak mula ditubuhkan, Essential hanya berjaya mengeluarkan satu sahaja model telefon pintar mereka iaitiu Essential Phone. Walaubagaimanapun, jualan telefon pintar mereka itu amat tidak memberangsangkan.

Produk selebihnya yang berjaya dikeluarkan mereka adalah terdiri daripada aksesori seperti pengecas telefon, kamera dan fon telinga. Selain itu, mereka juga turut membangunkan sistem perisian Essential serta menyediakan servis mel elektronik Newton Mail.

Berikutan penamatan operasi Essential, pengeluaran produk dan penawaran servis mereka akan ditamatkan secara berperingkat. Pengguna servis Newton Mail hanya akan dapat mengakses servis tersebut sehingga 30 April 2020.

Manakala kemas kini yang diterima pengguna Essential Phone pada 3 Februari 2020 lalu adalah kemas kini terakhir yang diterima mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY