Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12

Pengeluaran iPhone 12 6.1 inci Dilaporkan Bermula Seawal Julai

Diterbitkan Jun 2, 2020 ยท Dikemas kini Jun 2, 2020 oleh Helmi Samsuri

Apple sebelum ini dikhabarkan bakal memperkenalkan empat buah model iPhone 12 untuk tahun ini. Dua daripada empat model tersebut dikatakan sebagai versi permulaan dengan paparan 5.7 inci dan 6.1 inci. Sementara versi pro pula didatangkan dengan ukuran 6.1 inci dan 6.7 inci.

Dari jumlah tersebut, tiga daripadanya (5.7 inci, 6.1 inci “Pro” dan 6.7 inci “Pro”) akan menggunakan skrin paparan dibekalkan oleh Samsung. Sementara itu, sebuah lagi model (6.1 inci) akan dipasang dengan paparan daripada BOE serta LG.

Khabar angin terbaharu, pengeluaran model 6.1 inci yang dipasang dengan paparan LG itu mungkin dijalankan lebih awal berbanding model-model lain.

Pengeluaran itu dilakukan lebih awal dikatakan oleh sebab model terbabit memerlukan modul sentuhan yang dibekalkan oleh syarikat lain. Berbeza dengan paparan daripada Samsung, teknologi sentuhan itu diletakkan terus pada panel OLED tanpa memerlukan lapisan yang terpisah. Tiga lagi model dijangkakan pengeluarannya dibuat pada Oktober.

Jika melihat kepada tahun-tahun yang sudah, Apple kebiasaannya memulakan pengeluaran iPhone terbaharu sekitar Mei atau Jun. Kelewatan ini dikatakan berpunca daripada Covid-19 yang melanda dunia sejak beberapa bulan lalu.

Sumber: 9to5mac

Beli iPhone 11 dari Lazada (https://invol.co/clojdj) atau Shopee (https://invol.co/clojdg)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY