Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Z Flip, Telefon Lipat Terbaru Dari Samsung

Pengeluaran Galaxy Z Flip Terpaksa Dihentikan Selepas Pekerja Kilang Samsung Disahkan Positif Covid-19

Diterbitkan Februari 23, 2020 oleh ariff bukhari

Operasi kilang dihentikan serta-merta. Kilang dijangka hanya akan mula beroperasi selepas 24 Februari.

Penularan wabak Covid-19 kini mula merebak ke dalam negara Korea Selatan pula apabila WHO melaporkan Republik Korea Selatan kini menjadi negara paling cepat merebaknya Covid-19.

Setakat semakan terbaru dari laporan oleh WHO, Korea Selatan kini sudah mengesahkan bahawa kes jangkitan Covid-19 di dalam negara tersebut sudah berjumlah lebih daripada 400 kes.

Sekaligus menjadikannya lokasi di luar negara China dengan kes tertinggi Covid-19 setakat ini.

Virus yang tidak mengenal mangsa itu juga kini dilaporkan turut menjangkiti pekerja kilang milik Samsung.

Berdasarkan kepada laporan dari beberapa laman sesawang Republik tersebut, Samsung telah mengesahkan bahawa pekerja kilang mereka yang terletak di Bandar Gumi, Korea Selatan  telah disahkan positif Covid-19.

Akibatnya, kilang tersebut yang terletak 200KM dari Bandar Seoul itu kini telah diberhentikan operasinya serta-merta.

Kilang itu dilaporkan adalah kilang utama bagi pengeluaran 2 model telefon pintar lipat Samsung iaitu Galaxy Fold dan Galaxy Z Flip.

Walaupun operasi pengeluaran 2 model telefon pintar lipat itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu ini, Samsung menyatakan kesannya adalah minima kepada mereka.

Namun begitu, masih terlalu awal untuk mengetahui kesan jangka panjangnya terhadap Samsung. Ini kerana jika penularan wabak Covid-19 tidak dikekang dengan segera di negara tersebut, ia pasti akan memberikan kesan buruk kepada  Samsung untuk  memenuhi permintaan pelanggan di seluruh dunia terhadap model terbaru telefon pintar lipat keluaran mereka itu.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY