Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengecasan MagSafe Duo Dijangka Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Pengecasan MagSafe Duo Dijangka Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan November 4, 2020 ยท Dikemas kini November 4, 2020 oleh Amalina Athman

Melalui acara pada 13 Oktober lalu, Apple telah mengumumkan teknologi pengecasan MagSafe pada siri iPhone 12. Antara aksesori MagSafe termasuk MagSafe Charger, MagSafe Charging Case dan MagSafe Duo.

pengecasan MagSafe Duo

Bagi MagSafe Duo, Apple menyatakan pengecasan ini boleh diguna serentak pada iPhone dan Apple Watch. Namun, sehingga hari ini MagSafe Duo masih belum disenaraikan di Apple Online Store. Dalam siaran media iPhone 12, Apple menyatakan pengecasan ini akan tiba “tarikh kemudian”.

Terbaru, pengecasan MagSafe Duo dengan nombor model A2458 kini dilaporkan telah menerima pensijilan Badan Penyelidikan Radio Nasional (NRRA) Korea.

pengecasan MagSafe Duo

Dengan penyenaraian ini, Apple dijangka akan melancarkan MagSafe Duo tidak lama lagi.

Terdahulu, Apple telah mengumumkan acara khas akan diadakan pada 10 November ini. Melalui acara tersebut, Apple dijangka akan memperkenalkan tiga model MacBook yang dijana cip Apple Silicon.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY