Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengasas Firma Kriptowang Dipenjara 7 Tahun Kerana Menipu Lebih Daripada USD25 Juta

Pengasas Firma Kriptowang Dipenjara 7 Tahun Kerana Menipu Lebih Daripada USD25 Juta

Diterbitkan Jun 18, 2020 oleh ariff bukhari

Selebriti Hollywood turut didenda.

Seorang pengasas sebuah syarikat matawang kripto bernama Robert Farkas telah dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun selepas dia mengaku bersalah menipu lebih daripada USD25 juta hasil daripada urusan mata wang kripto yang dijalankannya.

Robert Farkas adalah pengasas firma Centra Tech, sebuah syarikat yang menjalankan pengurusan matawang kripto.

Selain penjara, dia turut perlu membayar denda sebanyak USD250,000.

Pihak Mahkamah Manhattan yang menguruskan kes ini menuduh Robert Farkas menubuhkan syarikat tersebut dengan menipu organisasi yang tidak wujud serta lesen yang tidak dimiliki mereka.

Centra Tech sebelum ini menggunakan selebriti ternama seperti jaguh tinju Floyd Mayweather dan pemuzik DJ Khaled bagi mempromosikan firma mereka.

Menyebabkan pada tahun 2018 dahulu, kedua-dua selebriti itu didenda oleh ‘United States Securities and Exchange Commission‘ kerana secara salah dari segi undang-undang mempromosikan matawang kripto tersebut.

Sumber: Coin Telegraph

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY