Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carl Pei tinggal OnePlus

Pengasas Bersama, Carl Pei Dilapor Telah Meninggalkan OnePlus

Diterbitkan Oktober 13, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Carl Pei adalah pengasas bersama OnePlus dengan CEO Pete Lau sejak Disember 2013. Kini, laporan menyatakan beliau telah meninggalkan syarikat itu baru-baru ini.

Perkongsian di Reddit oleh JonSigur mendedahkan memo dalaman yang mendakwa ianya dari OnePlus.

Carl Pei OnePlus Nord
Reddit JonSigur

Pada memo tersebut, tiada nama Carl Pei yang disenaraikan. Ia turut menyatakan Emily Dai, yang sebelum ini adalah Head of India Region OnePlus, kini ditugaskan untuk mengetuai OnePlus Nord.

Sehingga artikel ini ditulis, bio pada laman Twitter Carl Pei masih menunjukkan beliau bersama OnePlus. Begitu juga pada profil LinkedIn yang menyenaraikannya sebagai pengasas bersama OnePlus.

Dalam pada itu, TechCrunch melaporkan Carl Pei meninggalkan OnePlus untuk memulakan “his own venture”. Buat masa ini, OnePlus memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara ini. Carl Pei juga masih tidak memberikan respon mengenainya.

Sumber: Android Central, Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY