Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penerima BPN Tiada Akaun Bank Boleh Mengambil Bantuan Itu Secara Tunai Di Cawangan BSN Terpilih Di Seluruh Negara

Penerima BPN Tiada Akaun Bank Boleh Mengambil Bantuan Itu Secara Tunai Di Cawangan BSN Terpilih Di Seluruh Negara

Diterbitkan April 18, 2020 · Dikemas kini April 18, 2020 oleh ariff bukhari

Juga untuk bayaran BPN yang gagal dikredit ke akaun penerima.

Berita baik untuk penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau proses kegagalan kredit bantuan tersebut dibuat ke akaun penerima.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa penerima yang layak tetapi tiada akaun bank atau gagal menerima kredit tunai ke akaun mereka, boleh mengambil secara tunai di cawangan BSN mulai semalam (Jumaat, 17 April 2020) sehingga 31 Disember 2020.

Penerima perlu membawa kad pengenalan dan mematuhi penjarakan sosial ketika proses menunggu bagi mengambil tunai tersebut di premis BSN.

Penerima BPN Tiada Akaun Bank Boleh Mengambil Bantuan Itu Secara Tunai Di Cawangan BSN Terpilih Di Seluruh Negara

BSN juga memaklumkan bahawa mereka akan beroperasi pada hujung minggu ini iaitu dari 17 April hingga 19 April 2020 bagi memudahkan penerima menerima bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Berikut adalah jadual operasi hujung minggu bagi senarai cawangan BSN terpilih serta perlanjutan masa operasi untuk bayaran BPN:-

Penerima BPN Tiada Akaun Bank Boleh Mengambil Bantuan Itu Secara Tunai Di Cawangan BSN Terpilih Di Seluruh Negara
Sumber: BSN

Untuk info lanjut tentang perkara ini, layari laman rasmi BSN. Soalan lazim mengenai penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional boleh dibaca pada perkongsian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY