Kecacatan tersebut sekaligus dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya isu kecurian data pengguna.
Menurut Check Point, 400 kecacatan itu akan membolehkan penggodam menjadikan peranti pintar sebagai alat pengintipan yang cukup sempurna tanpa disedari dan interaksi pengguna, melancarkan serangan DOS (denial-of-service) dan memasang perisian hasad (malware) di dalam peranti.
Tambah Check Point lagi, isu ini melibatkan pengguna telefon pintar dari pelbagai jenama termasuklah Google, Samsung, LG, Xiaomi, OnePlus dan lain-lain.
Kecacatan yang ditemui itu dibuat menerusi penyelidikan keselamatan ekstensif yang dilakukan secara khusus ke atas cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon.
Sungguhpun begitu, Check Point menyatakan bahawa setakat ini, belum ada sebarang penemuan ke atas eksploitasi kecacatan tersebut.
“Regarding the Qualcomm Compute DSP (Digital Signal Processor) vulnerability disclosed by Check Point, we worked diligently to validate the issue and make appropriate mitigations available to OEMs. We have no evidence it is currently being exploited. We encourage end users to update their devices as patches become available and to only install applications from trusted locations such as the Google Play Store.” Check Point.
Qualcomm ketika ini merupakan antara pengeluar terbesar cip pemprosesan bagi telefon pintar di mana ia digunakan oleh lebih daripada 40% pasaran dunia telefon pintar.
Berkaitan
- 8 Laman Sesawang Ini Dikesan Menipu Dan Mencuri Data Bank Pengguna Peranti Android Di Malaysia
- Malaysia Negara Ke-8 Paling Banyak Alami Kebocoran Data Setakat Suku Ke-3 2023
- Aplikasi Popular "Truecaller" Didapati Mengandungi Kecacatan Kritikal Yang Mendedahkan Data Sulit Penggunanya
- Penggodam Menjadikan Perisian Hasad Yang Dibangunkan Mereka Semakin Sukar Dikesan Penyelidik Keselamatan Komputer
- Ujian Prestasi Grafik Snapdragon 865 Mengatasi Grafik A13 Bionic Tapi...
- 2 Kecacatan Ditemui Pada Ciri Keselamatan Perisian Intel
- Twitter Berkata, Mereka Mungkin Telah Menggunakan Data Peribadi Penggunanya Untuk Pengiklanan Tanpa Kebenaran
- China Meluluskan Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi Paling Ketat Di Dunia
- Penyelidik Menghasilkan Cip Asas Kepada Teknologi Tanpa Wayar 6G Yang Mampu Memindahkan Data Selaju 36GB Sesaat
- 12 Pengeluar Telefon Pintar Sah Akan Menggunakan Snapdragon 7 Series Dengan Sambungan 5G