Pencuri 'Kantoi' Berswafoto Dengan iPhone Yang Dicurinya

Suspek masih diburu pihak polis.


Seorang lelaki yang telah dicam wajahnya kini telah menjadi suspek pencuri iPhone apabila lelaki tersebut telah berswafoto dengan telefon pintar iPhone yang dicurinya.

Gambar swafoto pencuri itu diperolehi menerusi gambar yang telah dimuat naik sendiri oleh pencuri itu ke laman Instagram pemilik sebenar iPhone tersebut.

Berdasarkan maklumat menerusi laman muka Facebook Jabatan Polis Kearny Kearny, N.J, gambar swafoto itu diambil oleh pencuri selepas tidak lama suspek mencuri peranti tersebut dari mangsa.

Kapsyen: Sumber foto: fb


Kini, pihak polis tersebut telah meminta bantuan orang ramai menerusi laman Facebook bagi mengecam, mengesan dan memburu suspek.

Walaubagaimanapun setakat ini, belum ada laporan yang mengatakan suspek telah berjaya ditangkap. Jabatan polis tersebut juga bertanyakan tentang ciri Find My iPhone daripada orang ramai yang mungkin mahir dengan ciri tersebut bagi membantu mereka memburu suspek.

Kapsyen: Ni lawak.


Sumber: Apple Insider