Ciri 'Optimized Battery Charging' akan dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateri iPhone.
Salah satu ciri terbaru yang ada pada iOS 13 ini pastinya akan disukai oleh pengguna iPhone. Ini kerana ciri yang dikenali sebagai 'Optimized Battery Charging' didakwa mampu memanjangkan hayat bateri iPhone.
Tabiat yang biasa dibuat oleh pengguna iPhone yang secara tidak sedar mereka sebenarnya sedang merosakkan bateri peranti tersebut adalah dengan membiarkan iPhone mereka dicas semalaman.
Maka dengan adanya ciri ini pada iOS 13, ia akan mengelakkan iPhone anda terus dicas terlalu lama pada kapasiti baterinya yang sudah penuh 100% yang boleh berpotensi untuk memendekkan hayat bateri iPhone tersebut.
Cara ciri ini berfungsi adalah, ia akan mengoptimasikan secara automatik dengan mempelajari tingkah laku penggunanya menggunakan iPhone mereka. Setiap kali iPhone mula dicas, ciri ini akan menetapkan bateri iPhone itu hanya dicas pada kapasiti 80% sahaja dahulu.
Manakala untuk 20% kapasitinya lagi, bateri peranti iOS akan dicas secara lebih perlahan dengan menjadikan tempoh memenuhkan kapasiti bateri tersebut dari 80% sehingga penuh 100% dalam tempoh ynag lebih lama. Sekaligus mengelakkan bateri iPhone tersebut terlebih cas ketika anda sedang tidur nyenyak.
Sebagai contoh, ciri tersebut mengetahui rutin anda bangun dari tidur setiap hari. Katakanlah rutin anda bangun dari tidur adalah pada jam 6.00 pagi. Maka 20% kapasiti bateri yang masih belum dicas penuh itu akan diselesaikan sebelum anda mula menggunakan iPhone itu semula.
Apple menjelaskannya seperti berikut di laman iOS 13 Preview...
"A new option helps slow the rate of battery aging by reducing the time your iPhone spends fully charged. iPhone uses on-device machine learning to understand your daily charging routine so it can wait to finish charging past 80% until you need to use it."
Ciri ini pastinya memberikan manfaat kepada pengguna iPhone yang mahu memanjangkan jangka hayat bateri iPhone mereka. Jadi tidaklah perlu kerap mereka menukar bateri iPhone tersebut.
Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk meyakini bahawa ciri 'Optimized Battery Charging' ini mampu berfungsi seperti yang dikatakan Apple.
Buat masa ini, iOS 13 masih lagi dalam peringkat beta yang hanya boleh dimuat turun oleh para pembangun yang berdaftar dengan Apple sahaja. Bagi versi beta untuk pengguna umum pula, ia hanya boleh dimuat turun dalam bulan Julai nanti.
Versi penuhnya pula dijangka akan boleh dimuat turun oleh semua pengguna peranti iOS pada bulan September nanti.
Berkaitan
- Perancis Arah Apple Tarik Balik Jualan iPhone 12 Dari Pasaran
- HUAWEI FreeBuds SE 2 Dilancar, Lebih Ringan, Kompak Dan Bateri Tahan Sehingga 40 Jam
- Ini Punca Mengapa iOS 14 Menyebabkan Bateri iPhone Anda Cepat Habis
- Spotify Mengumumkan Mereka Mempunyai Lebih 113 Juta Pengguna Premium Setakat Suku Ke-3 Tahun Ini
- Kapasiti Bateri iPhone 15 Bertambah, Lebih Besar Sedikit Dari iPhone 14
- Pengguna iPhone Lebih Banyak Habiskan Duit Membeli Aplikasi Berbanding Pengguna Android
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13 Untuk Pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch
- Persoalan Jangka Hayat Bateri Kenderaan Elektrik Akhirnya Terjawab
- iPhone Akan Datang Mungkin Tiada Lagi Sambungan Berwayar
- Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 13.2 Dan iPadOS 13.2