Sebahagian daripada kita mungkin sudah berasa yakin peranti selamat ditinggalkan dibawah tempat duduk mahupun di dalam but kereta. Namun begitu, berdasarkan laporan daripada laman Wired, ia tidaklah selamat seperti yang disangka.
Menurut mangsa kecurian yang berlaku di Amerika Syarikat, beliau menyatakan terdapat barangan berharga lain disimpan di bahagian but kereta, namun laptop yang disembunyikan dengan baik dibawah kerusi menjadi sasaran. Ini menimbulkan persoalan kepada mangsa, sama ada terdapatnya penggunaan alatan khas untuk mengesan peranti elektronik tersebut.
Perkara ini juga telah disahkan pihak berkuasa kepada laman Wired yang mana terdapatnya kes pecah kereta menggunakan pengimbas isyarat Bluetooth namun tidak diperincikan perisian atau aplikasi yang digunapakai.
Penyelidik sekuriti turut memberi pandangan hal ini terjadi apabila peranti tidak dimatikan dan masih mengeluarkan isyarat Bluetooth. Pakar pencegahan jenayah Jabatan Polis San Jose pula menyarankan orang ramai supaya tidak meninggalkan peranti elektronik didalam kereta namun jika terpaksa, matikan peranti atau letakkan pada mod Airplane. Ini kerana apabila berada dalam mod Sleep atau Standby, peranti berkemungkinan masih mengeluarkan isyarat Bluetooth bergantung kepada tetapan mod tersebut.
Kita mungkin tidak pernah mengalami perkara sebegini tetapi perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Jadi elakkan dari tinggalkan peranti elektronik anda didalam kereta dan jika terpaksa, pastikan ia benar-benar dimatikan sepenuhnya kerana tidak mustahil alatan tersebut digunakan disekitar kita.
Sumber: Wired
Berkaitan
- Apple Mahu Bangunkan Kereta Elektrik? Lantik Bekas Jurutera Tesla Untuk Bangunkan Projek Titan
- Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah
- Kereta Elektrik Huawei Mungkin Diperkenalkan Hujung Tahun Ini
- Menjelang Tahun 2020 Jalan Raya Malaysia Akan Di Penuhi Kereta Elektrik
- Khabar Angin - Samsung Bakal Melengkapkan Galaxy Note 9 Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Paparan
- Ford Hasilkan Bahagian Pada Kereta Lumba Menggunakan Teknologi Pencetak 3D
- Bajet 2022: Kerajaan Kecualikan Sepenuhnya Cukai Jualan Kereta Elektrik
- Panel Kaca iPhone XS Tidak Pecah Walaupun Diuji Jatuh Dari Paras Kepala
- India Perkenal Keretapi Dijana Dengan Kuasa Solar
- Video Memperlihatkan Siri P30 Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Dan Bicu Audio 3.5mm