Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencipta Kata Laluan Komputer Meninggal Dunia Pada Umur 93 Tahun

Pencipta Kata Laluan Komputer Meninggal Dunia Pada Umur 93 Tahun

Diterbitkan Julai 16, 2019 · Dikemas kini Julai 17, 2019 oleh ariff bukhari

Beliau juga pembangun terawal sistem operasi komputer.

Dr. Fernando Corbató, atau lebih dikenali sebagai “Corby” dikhabarkan telah meninggal dunia pada umur 93, pada 12 Julai 2019 lalu. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab mencipta kata laluan sebagai satu ciri keselamatan kepada pengguna.

Beliau yang dilahirkan pada 1926, pada mulanya menyertai MIT dalam tahun 1950 bagi melanjutkan pelajarannya ke peringkat PHD dalam bidang fizik.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu, beliau menyedari bahawa minatnya adalah lebih terarah kepada mesin-mesin komputer yang digunakan bagi membuat pengiraan fizik.

Beliaulah yang memperkenalkan langkah-langkah asas keselamatan menerusi pengenalan penggunaan kata laluan kepada pengguna ketika sedang membangunkan sistem operasi komputer terawal yang dikenali sebagai Compatible Time-Sharing System, atau CTSS.

Sekaligus menjadikan CTSS sebagai sistem operasi komputer pertama yang dilengkapi dengan ciri keselamatan tersebut.

CTSS  bertujuan membolehkan berbilang pengguna menggunakan komputer pada masa yang sama, sekaligus meningkatkan kepantasan pengaturcara melakukan tugas mereka.

Sistem itu juga merupakan platfom asas kepada pembangunan sistem operasi komputer moden yang kita kenali hari ini termasuklah sistem operasi bagi telefon pintar, komputer dan juga pelayan.

Sistem-sistem komputer seperti macOS dan Linux segalanya bermula daripada usaha beliau yang membangunkan CTSS pada pertengahan tahun 1960 di Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Kata laluan pada mulanya diperkenalkan pada CTSS adalah sebagai langkah kepada penggunanya bagi menyembunyikan fail dan program aturcara yang sedang mereka bangunkan daripada diakses oleh pengguna lain, di dalam satu mesin yang sama.

Pada tahun 1990, beliau telah dianugerahkan AM Turing Award (pencapaian yang setaraf anugerah Nobel ) salah satu penghormatan tertinggi diberikan kepada saintis komputer.

Sumber: BBC dan MIT News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY