Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencemaran Udara Hampir Di Seluruh Dunia Turun Mendadak Sejak Penguatkuasaan Perintah Berkurung Kerana Covid-19

Pencemaran Udara Hampir Di Seluruh Dunia Turun Mendadak Sejak Penguatkuasaan Perintah Berkurung Kerana Covid-19

Diterbitkan April 15, 2020 oleh ariff bukhari

Dulu di Wuhan sahaja, tetapi kini seluruh dunia.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa ruang udara di dalam negara China adalah jauh lebih bersih berbanding sebelumnya selepas kerajaan negara itu menguatkuasakan perintah berkurung terhadap rakyatnya bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Berikutan perintah berkurung itu, hampir semua aktiviti industri termasuklah pengilangan, peruncitan, pelancongan, pengangkutan awam dan lain-lain terpaksa diberhentikan sementara.

Sekaligus menyebabkan udara di dalam negara tersebut menjadi bersih kerana kurangnya aktiviti industri yang dijalankan manusia.

Tetapi kini ia tidak sahaja berlaku di dalam negara itu sahaja, sebaliknya turut berlaku hampir di seluruh dunia.

Hasil semakan data dari Sentinel-5P  dan laman Tableau Public menunjukkan, pencemaran udara di benua Eropah turun mendadak sejak perintah berkurung dilaksanakan oleh beberapa negara utama dalam benua tersebut.

Sebagai contoh, ruang udara di dalam 3 buah negara yang terkesan teruk dengan Covid-19 iaitu Jerman, Perancis dan Itali kini jauh lebih bersih berbanding tahun lalu. Lihat rajah di bawah.

Pencemaran Udara Hampir Di Seluruh Dunia Turun Mendadak Sejak Penguatkuasaan Perintah Berkurung Kerana Covid-19

Ini pula perbandingan perbezaan kualiti udara bagi beberapa bandaraya utama di dalam negara-negara yang telah turut melaksanakan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pencemaran Udara Hampir Di Seluruh Dunia Turun Mendadak Sejak Penguatkuasaan Perintah Berkurung Kerana Covid-19
Kredit: Reddit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY