Kecewa, Ini Fungsi MIUI 13 Yang Hilang Untuk Versi Global

MIUI 13 telah masuk ke Malaysia secara rasmi selepas pelancaran Xiaomi 12 tempoh hari. Walaupun sudah terdapat beberapa peranti Xiaomi yang lagi sudah mendapat kemas kini MIUI 13 ini, kita hendak melihat sendiri antara muka yang hadir dalam sebuah peranti dari dalam kotak.

Hal ini kerana, terdapat aduan daripada pengguna bahawa tiada perubahan yang dibawa pada kemas kini ini selepas mereka memuat turun antara muka baharu ini.

Apa yang tidak dibawa masuk?


Xiaomi  ada memperkenalkan widget baharu untuk MIUI 13 di China. Ia membolehkan pengguna untuk menyesuaikan (customize) widget ini mengikut cita rasa pengguna dengan pelbagai widget yang menarik. Malangnya ia fungsi ini tidak diberikan pada pengguna global.



Yang kedua pula ialah MiSans. Fungsi ini adalah customization baharu untuk jenis tulisan. Dengan ini, tulisan akan jadi lebih cantik, lebih unik dan lebih astetik.



Pada peranti Android yang lain, pengguna boleh menyesuaikan tema peranti mereka daripada Personalization Tab. Sebelum ini, jika pengguna Xiaomi ingin menukar tema, ikon atau latar hias (wallpaper), mereka perlu lakukannya melalui aplikasi Theme.  Dengan tab ini, anda boleh custom kesemuanya dengan lebih mudah untuk setiap tema, ikon dan wallpaper ini.

Seterusnya adalah quick setting. Ini adalah antara fungsi yang ditunggu-tunggu oleh pengguna kerana quick setting yang diperkenalkan ini membawa rupa yang lebih kurang dengan iOS 15. Ini kerana, quick setting inilah perkara yang dilihat apabila kita mengemas kini antara muka. Tetapi untuk MIUI 13 global, mereka mengekalkan quick setting yang sama seperti MIUI 12.5.



Akhir sekali adalah MIUI 13 Pad. Ini adalah antara pembaharuan yang ditawarkan oleh Xiaomi untuk peranti Mi Pad 5 mereka. Antara muka ini lebih dioptimasikan pada peranti tablet dan turut membawakan beberapa fungsi baharu seperti multitasking, tarik dan lepas (drag & drop) dan widget yang lebih dioptimasikan untuk tablet.

Pengguna Mi Pad 5 di Malaysia sudah pun menerima kemas kini MIUI 13 baharu tetapi ia berasaskan Android 11 dan bukannya Android 12. Ini bermakna tiada pembaharuan yang bawakan pada kemas kini ini. Menurut Xiaomiui, mereka berbuat demikian kerana mereka akan melancarkan sekali MIUI 13 Pad bersama-sama dengan Android 12L yang juga lebih dioptimumkan untuk tablet dan peranti boleh lipat.

Jangan risau, masih ada pembaharuan yang disertakan


Walaupun banyak fungsi dan ciri dari MIUI 13 China yang tidak disertakan, namun kita tidak boleh pejam mata kepada fungsi yang masih dibawakan oleh Xiaomi pada MIUI 13 Global ini.

Xiaomi ada memperkenalkan latar hias hidup (live wallpaper) baharu pada MIUI 13 kali ini. Tetapi ia perlu dimuat turun daripada aplikasi Theme. Agak pelik mengapa Xiaomi tidak meyertakan terus pada antara muka mereka.

Apa-apa pun kita boleh sahaja muat turun live wallpaper ini dengan buka aplikasi Theme> MIUI 13 Live Wallpaper. Di sini, anda boleh muat turun 9 wallpaper yang anda mahukan. Live wallpaper ini boleh dimuat turun oleh pengguna MIUI 12,5 juga.



Seterusnya adalah Liquid Storage. Menurut Xiaomi, fungsi ini membuatkan peranti anda lebih laju dan lebih lancar. Tambah mereka lagi, dengan fungsi ini, ia dapat mengekalkan kelajuan baca dan tulis (read & write) sehingga 95% walaupun selepas tempoh 36 bulan.



Menjadi gandingan pada fungsi ini adalah RAM Optimization. Ia akan menutup aplikasi yang tidak penting untuk meningkatkan prestasi peranti anda secara keseluruhannya.



Di samping itu, Xiaomi juga turut menyertakan Focused Algorithms yang juga berfungsi untuk meningatkan prestasi keseluruhan. Oleh itu, pengalaman guna akan menjadi lebih lancar dan lebih licin.

Akhir sekali adalah fungsi Sidebar. Fungsi ini sama dengan Edge Panel seperti yang terdapat pada peranti Samsung yang membolehkan anda untuk mengakses aplikasi dengan lebih mudah.


Kesimpulan


Selepas membuat perbandingan ini, kita dapat lihat bahawa Xiaomi lebih memfokuskan kepada pengoptimasian pada MIUI 13 versi Global. Jika dibandingkan dengan MIUI 13 China, mereka masih menumpukan pada pengoptimasian dalam masa yang sama turut menyertakan fungsi customization yang menarik mengikut cita rasa pengguna.

Secara keseluruhan, MIUI 13 Global ini sebenarnya banyak juga membawa pembaharuan untuk memberikan pengalaman guna yang lebih memuaskan. Namun tidak dinafikan, agak kecewa apabila melihat Xiaomi menganaktirikan MIUI Global.

Apa-apa pun, mungkin Xiaomi akan menyertakan fungsi-fungsi ini pada kemas kini yang akan datang. Kita tunggu dan lihat sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=Ie9Qr2Z1TPQ

Baca juga:

Berkaitan