Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi k50 siri

Redmi K50 Dan Redmi K50 Pro Rasmi Dilancarkan, Dikuasakan Dimensity 9000

Diterbitkan Mac 17, 2022 · Dikemas kini Mac 18, 2022 oleh ariff bukhari

Sebentar tadi telah berlangsungnya acara pelancaran model terbaru telefon pintar Redmi K50 dan Redmi K50 Pro di Beijing, China

Kedua-dua model siri K50 ini dilengkapi dengan paparan 2K AMOLED Samsung bersaiz 6.67 inci beresolusi 3200 x 1440, 526PPI. Kadar kecerahan pula adalah setinggi 1200nit dengan kadar segar 120Hz.

Redmi K50-07
Redmi K50.

Tetapi istimewa bagi model Redmi K50 Pro, ia menggunakan paparan Corning Gorilla Victus yang mempunyai daya tahan yang lebih tinggi serta tahan calar sehingga 2 kali ganda berbanding generasi terdahulu.

Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan pembesar audia berkembar yang menyokong Dolby Atmos.

Bagi kuasa pemprosesan pula, Redmi K50 dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8100. Sementara Redmi K50 Pro dikuasakan oleh cip yang lebih berkuasa iaitu MediaTek Dimensity 9000.

Redmi K50 Pro-05
Redmi K50 Pro didakwa mencapai skor AnTuTu setinggi lebih daripada 1 juta mata.

Dari aspek kapasiti bateri pula, Redmi K50 dimuatkan dengan bateri berkapasiti yang lebih besar iaitu 5,500mAh dengan sokongan pengecas pantas 67W.

Manakala Redmi K50 Pro dimuatkan bateri berkapasiti 5,000mAh  tetapi dengan sokongan pengecas pantas 120W.

Untuk spesifikasi kamera pula, Redmi K50 Pro dilengkapi dengan kamera utama 100 megapiksel dengan ciri penstabilan imej (OIS), kamera makro 2MP serta lensa utra lebar 8MP.

Bagi siri Redmi K50, ia dilengkapi dengan kamera utama 48MP dan 2 lagi lensa lain.

Harga jualan bagi Redmi K50 dan Redmi K50 Pro masing-masing bermula dari RMB 2,399 (RM~1,584.00) dan RMB 2,999 (~ RM1,981.00).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY