Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Tahun Ini Lebih Banyak Pelancaran Telefon OnePlus

Mungkin Tahun Ini Lebih Banyak Pelancaran Telefon OnePlus

Diterbitkan Mac 22, 2022 · Dikemas kini Mac 22, 2022 oleh Nadiah Ab

OnePlus nampaknya sedang giat mengembangkan portfolio dan pelancaran produknya secara besar-besaran tahun ini berikutan kejayaan penggabungan dengan syarikat Oppo.

Semalam, seorang penganalisis telah berkongsi jangkaan garis masa pelancaran produk OnePlus, memberikan gambaran keseluruhan pada peranti yang akan dilancarkan oleh OnePlus tahun ini.

Menurutnya, terdapat sejumlah enam telefon pintar OnePlus yang akan hadir pada tahun 2022, dan beberapa pelancaran sudahpun semakin hampir.

Berdasarkan ciapan dari Yogesh Brar, dia mendakwa bahawa OnePlus 10 Pro akan menerima pelancaran globalnya pada bulan ini. Walaupun hari ini sudah tanggal 22 Mac, masih belum ada pengumuman rasmi tentang pelancaran tersebut.

Here are some of the upcoming Nord/number series products

•OnePlus 10 Pro – March
•OnePlus Nord CE 2 Lite – April
•OnePlus Nord 2T – April End/Early May
•OnePlus 10R – May
•OnePlus Nord 3 (Nord Pro) – July
•OnePlus 10 Ultra (10 Pro Plus) – Late Q3

— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) March 21, 2022

Selain itu, Nord CE 2 Lite dikatakan akan dilancarkan bulan depan, dengan Nord 2T akan dirasmikan pada penghujung bulan yang sama atau awal bulan Mei. Dijangkakan OnePlus 10R akan tiba pada bulan Mei juga.

Menghala ke separuh kedua tahun ini, OnePlus Nord 3 dijangka memulakan debutnya pada bulan Julai. Diikuti dengan OnePlus 10 Ultra pada bulan Ogos atau September, menampilkan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1+ yang terbaharu.

Pelancaran OnePlus
Sumber: OnePlus

Berkemungkinan bukan semua peranti ini akan masuk ke pasaran global. Yang pasti, OnePlus 10 Pro, Nord 3, dan 10 Ultra adalah peranti yang paling dinanti-nantikan.

Sumber: Android Headlines

Baca juga:

  • OnePlus 10 Pro Jengah Pasaran Global Hujung Mac Bulan Ini
  • Pete Lau Sahkan OnePlus Akan Terus Guna OxygenOS
  • OnePlus Dijangka Lancar TWS Nord Dan Sebuah Lagi Telefon Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY