Masih belum terlambat untuk anda mengetahui perkara ini, Facebook sebenarnya akan beri notifikasi kepada rakan anda sekiranya anda ‘screenshot‘ perbualan di messenger. Ciri tersebut akan dipaparkan dalam perbualan anda dan rakan anda jika salah seorang daripada kalian ‘screenshot‘ perbualan tersebut.
Ia akan memberi notifikasi ‘(Nama akaun anda/rakan) took a screenshot’ pada perbualan messenger anda. Tapi, perbualan yang akan diberi notifikasi hanyalah sekiranya anda ‘screenshot’ perbualan daripada ‘dissappearing message‘. Jadi, memang akan kelihatan dengan jelas dalam perbualan tersebut seperti gambar yang ditunjukkan oleh Mark Zuckerberg menerusi akaun rasminya di Facebook.
Ciri baharu ini sudah lama diperkenal sejak awal tahun 2022 tetapi masih ramai yang tidak menyedari tentang perkara ini. Tapi, hantaran Facebook masih lagi tidak dapat mengesan sebarang aktiviti ‘screenshot’ daripada pengguna akaun lain. Oleh sebab itu, anda jangan risau. Sentiasa lindungi akaun anda daripada hantaran yang tidak sepatutnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber : Android Authority
Baca juga :
- Dianggap ‘Scam’, Pengguna Facebook Bengang Dengan Ciri Baharu Facebook
- Persaingan Sihat Atau Intipan? Facebook Sertai Pesaing TikTok
- Ingkar Permintaan Kerajaan, Kandungan Facebook ‘Loading’ Lebih Perlahan Di Rusia