Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat

Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat

Diterbitkan Januari 26, 2019 · Dikemas kini Januari 26, 2019 oleh Haikel Areff

Honor View20 yang ditunggu-tunggu kini tiba! Seperti yang kami laporkan beberapa hari lepas, Honor akan mengadakan satu roadshow bagi meraikannya bermula hari ini sehingga esok.

Roadshow yang diadakan di kompleks beli-belah One Utama sejak jam 10 pagi tadi itu ternyata mendapat sambutan hangat apabila peminat dilaporkan beratur panjang bagi menjadi antara yang terawal memiliki HONOR View20 di Malaysia.

Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat
HONOR MY

Malah, ada yang didakwa sudah mula beratur sejak tengah malam tadi lagi. Ia memberi gambaran kepada kita betapa kuatnya daya tarikan HONOR View20 kali ini.

Bagi menambahkan lagi kehangatan, HONOR Malaysia menawarkan hadiah istimewa berupa jam Honor Magic Watch + beg galas Honor bagi 200 pembeli terawal manakala 800 pembeli berikutnya akan menerima Honor Band 4 serta beg galas Honor.

Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat
HONOR MY
Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat
HONOR MY
Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat
HONOR MY

HONOR View20 ini didatangkan dengan skrin IPS LCD 6.4-inci FHD+ dengan rekaan skrin berlubang , cip Kirin 980, bateri berkapasiti 4,000mAh serta dua pilihan variasi iaitu 6GB+128GB dan 8GB+256GB.

Ditawarkan pada harga RM1,999(6GB RAM) dan RM2,499(8GB RAM), peranti ini dijangka akan terus menjadi produk hangat untuk beberapa bulan mendatang.

Selain View20, 1,000 pembeli terawal HONOR 10 Lite di roadshow itu juga akan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti HONOR Band 4 Running, HONOR Water Battle dan pembersih udara.

Kemaskini: Berita yang baru kami terima, Honor Watch Magic yang turut dijual di roadshow berkenaan telah pun kehabisan stok. Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki peranti idaman anda yang masih lagi mempunyai stok di sana.

Sumber Gambar: HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY