Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pemilik Amazon Dijangka Akan Menjadi Individu Dengan Kekayaan Trilion Pertama Dalam Tempoh 5 Tahun Lagi

Diterbitkan Julai 25, 2020 · Dikemas kini Julai 28, 2020 oleh ariff bukhari

Jeff Bezos, CEO Amazon dilaporkan menjadi individu pertama yang berjaya meningkatkan nilai asetnya sehingga USD13 bilion hanya dalam masa sehari.

Menurut laporan Bloomberg, beliau adalah satu-satunya individu yang berjaya melakukannnya sejak 2012.

Sungguhpun ekonomi Amerika Syarikat mengecil ketika ini akibat pandemik COVID-19, tapi nilai Jeff Bezos kini dianggarkan sekitar USD189.3 bilion ketika ini oleh Bloomberg Billionaires Index.

Malah berdasarkan status rekod yang dimiliki beliau, pemilik Amazon yang juga pemilik Washington Post dan Blue Origin ini dijangka akan menjadi individu trilion pertama di dunia menjelang 2026 nanti.

Amazon ketika ini sudah pun mencapai status syarikat yang lebih daripada 1 trilion pada tahun ini.

Ketika ini, kedudukan bilionaire dari seluruh dunia bagi tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima masing masing diduduki oleh Bill Gates (USD118 bilion),  Bernard Arnault (USD92.6 bilion), Mark Zuckerberg (USD87.7 bilion) dan Mukesh Ambani (USD80.9 bilion).

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY