Pemenang Dan Yang Kalah Untuk Patch 7.05

Adakah anda kisah tentang berapa kali Monkey King akan dilemahkan sebelum Kiev Major?

Patch 7.05 menawarkan beberapa perubahan kepada beberapa 'hero' yang popular dan juga yang tidak popular.

'Hero' yang tidak disentuh semasa Dota Asian Championship (DAC) akan dikuatkan sementara 'hero' yang agak popular seperti Alchemist dilemahkan sedikit.

Patch 7.05 bermatlamat untuk menjadi perubahan terakhir dari segi faktor permainan sebelum Major pertama 2017 yang akan berlangsung di Kiev.

DILEMAHKAN

Kapsyen: Alchemist


 

 

 

Tidak menjadi perkara mengejutkan apabila Alchemist mempunyai kemerosotan terbesar dari segi purata kemenangan pada -3.94%.

Sebelum ini Alchemist sangat cemerlang untuk patch 7.03 dan 7.04 sehinggakan pada LAN Akhir di DAC diamana IG bertemu Newbee.

iG. Op mendapat 726 'last hits' dan 1.2k GPM dalam masa 54 minit.

Patch terbaru 7.05 menghadkan potensinya pada awal permainan dan juga akhir permainan dengan melemahkan Acid Spray dan juga Chemical Rage.

Ditambah pula dengan Quelling Blade tidak lagi 'stack' dengan Iron Talon, mengurangkan lagi potensi 'farming' Alchemist

687474703a2f2f692e696d6775722e636f6d2f5354594d716a432e706e67

Centaur WarrunnerKapsyen: Centaur Warrunner




Centaur Warrunner dan Axe melengkapi 3 senarai teratas dengan purata masing-masing sebanyak -1.34% dan -1.24%.

Mereka dikumpulkan bersama kerana kedua-dua tidak mendapat perubahan ketara untuk patch ini tetapi atas sebab lain.

Tranquil Boots yang sebelum ini menggunakan Ring of Protection sekarang ditukar kepada Wind Lance.

Ini mungkin memberi kesan buruk kepada dua 'hero' ini kerana pada awal permainan, mereka memerlukan sedikit perisai untuk bertahan dalam pertarungan.

PEMENANG

BristlebackKapsyen: Bristleback


a2

Sesetengah 'hero' sangat berbahaya jika lawan mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.

'Hero' seperti Abaddon, Axe, Spectre, Omniknight dan Bristleback boleh menghukum anda pada waktu-waktu yang tertentu.

Bristleback menerima kekuatan dari segi 'talent tree' dimana luas kawasan Quill Spray ditingkatkan dari 650 kepada 700.

Death ProphetKapsyen: Death Prophet


2 dari 3 senarai ini secara kebetulan tidak dipilih di DAC.

Ini membuatkan Valve memberi sedikit peningkatan kepada Death Prophet.

Peningkatan 'Strength' telah dikuatkan sebanyak 21% (dari 1.9 ke 2.3).

Membolehkan 'hero' ini bersinergi dengan ketahanan yang lebih kuat.

'Talent tree' Death Prophet pada tahap 15 juga ditukar kedua-duanya.

Crypt Swarm yang sebelum ini berdurasi -1s ditukar kepada -1.5s.

Cast Range dari +100 kepada +150.

Mungkinkah Death Prophet bakal mendominasi lorong tengah di Kiev Major nanti?

Queen of PainKapsyen: Queen of Pain


a3

Walaupun Queen of Pain (QoF) dikuatkan sejak patch 7.00, ia tidak dipilih selalu untuk perlawanan profesional.

Ada waktu ketika ia dipilih semasa dibina bersama blademail dan 'spell-lifesteal' tetapi patch 7.02 menidakkan kembali 'hero' ini.

QoF menghadapi isu lewat permainan diamana ia sukar untuk mengekalkan momentum selepas pertengahan permainan.

Patch ini memberi peluang kepada QoF untuk lebih bertahan dan bertukar menjadi 'carry' seakan-akan posisi pertama.

SEBUTAN TERHORMAT

Nature's ProphetKapsyen: Nature's Prophet


'Hero' ini menghasilkan 80 'damage' dengan Null Talisman pada tahap 1.

'Hero' ini banyak dipilih untuk permainan 'pub' dan boleh membunuh 'creep' hutan dengan lebih cepat.

Perubahan terhadap perisai 'tower' juga memberi kelebihan kepada 'hero rat' ini.

Pastinya 'AdmiralBulldong' melihat 'patch' ini dengan penuh minat.



Zeus mempunyai purata kemenangan yang ke-6 di senarai ini pada +1.24%.

Tetapi Zeus masih belum beraksi di dalam perlawanan profesional (DAC).

Patch ini memberi lebih pilihan dalam bentuk rintangan magik, perisai dan kelajuan pergerakan.

BroodmotherKapsyen: Broodmother


Sudah berapa lama kita tidak melihat Broodmother beraksi dalam perlawanan profesional.

'Hero' ini pada ketika dulu memerlukan strategi yang betul bagi mengekang kemaraannya.

Ia juga memberi mimpi buruk kepada sesiapa yang terpaksa berhadapan dengannya.

Sejak kebelakangan ini, Broodmother mendapat sedikit peningkatan dan telah digunakan oleh Faceless dalam perlawanan untuk layak ke Manila Masters.

Mungkin Broodmother akan berada dalam meta kembali selepas patch 7.04

Sumber