Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi OnePlus Nord 2

Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi OnePlus Nord 2

Diterbitkan Jun 29, 2021 oleh Wiser MY

Sebelum ini OnePlus baru sahaja melancarkan peranti mampu milik Nord CE 5G di pasaran tempatan. Terbaru, keluar spesifikasi dan rekaan OnePlus Nord 2 yang dijangka bakal dilancarkan Julai nanti.

Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi OnePlus Nord 2

Rekaan OnePlus Nord 2 tampil seakan siri OnePlus 9 dengan bezel nipis, kamera punch-hole, dan modul kamera segi empat tepat.

Bahagian sisi peranti juga dilengkapi pelaras suara, butang kuasa, dan alert slider. Manakala bahagian bawah mempunyai port USB-C, SIM tray, dan lubang pembesar suara.

Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi OnePlus Nord 2

Beralih ke spesifikasi, OnePlus Nord 2 didatangkan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar penyegaran 90Hz, dan sensor cap jari bawah paparan.

Dalamannya dijana cip MediaTek Dimensity 1200 SoC yang diganding memori 128GB dan storan 258GB. Ia juga dimuat bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W atau 65W.

Kamera hadapan diberi rakaman 32MP sementara modul kamera tiga kali ganda dibahagian belakang lengkap dengan sensor utama 50MP, lensa kedua 8MP, dan sensor 2MP.

Sumber: 91Mobiles

Baca juga – Dikatakan Ada Memo Arah Pekerja OnePlus Tidak Jawab Soalan Tentang Sistem Operasi

Baca juga – Tak Perlu Risau, OnePlus Versi Global Tak Guna ColorOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY