Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Canon Lancar Pencetak Dakwat Pigmen Kalis Air, Bermula Pada Harga RM 2,299

Posted on Jun 17, 2021

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara tidak langsung mengurangkan kekecapan bekerja kerana kekurangan alat keperluan.

Oleh itu, Canon Malaysia dua model pencetak (printer) MAXIFY GX7070 dan MAXIFY GX6070 yang berasaskan pigmen dengan tangki dakwat boleh diisi semula.

Baca juga – Sensor Kamera Paling Besar Pernah Dimuatkan Dalam Sejarah Telefon Pintar

MAXIFY GX7070
MAXIFY GX6070

Menurut Canon, pencetak ini mempunyai kebolehan menghasilkan cetakan berwarna sehingga 14,000 helai dengan satu set penuh dakwat. Ia juga mampu menghasilkan cetakan profesional untuk produk seperti kertas bunting (banner).

Selain itu kualiti cetakan yang dihasilkan juga seakan cetakan laser kerana menggunakan dakwat kalis air dan terlindung dari kesan comot.

Menariknya, pencetak ini juga boleh menyimpan dokumen yang telah diimbas atau disalin secara digital menggunakan penyuap dokumen automatik (ADF).

Tambahan lagi, MAXIFY disokong sambungan antara muka berwayar dan tanpa wayar melalui aplikasi mudah alih Canon PRINT Inkjet atau SELPHY untuk kawalan mudah alih.

Kedua-dua pencetak ini boleh mula dibeli bermula 16 Jun 2021 pada harga:

  • MAXIFY GX7070 RM 2,699
  • MAXIFY GX6070 RM 2,299

Baca juga – Semak Dan Ubah Segera Tetapan Pelayar Chrome, Safari Dan Edge Ini Jika Anda Pentingkan Privasi

Sumber: siaran akhbar Canon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress