Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemberian Kredit eWallet Di Bawah Program eBelia Ditingkatkan Kepada RM150

Pemberian Kredit eWallet Di Bawah Program eBelia Ditingkatkan Kepada RM150

Diterbitkan Mac 17, 2021 · Dikemas kini Mac 17, 2021 oleh Amalina Athman

Pada Belanjawan 2021 yang diumumkan awal November tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun eWallet golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun, secara one-off melalui program eBelia.

Ia kemudiannya ditingkatkan daripada RM50 kepada RM100 seorang serta diperluaskan kepada 1.1 juta mahasiswa di IPTA dan IPTS.

Melalui pengumuman khas PEMERKASA hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian kredit eWallet sekali lagi akan ditambah baik. Nilai kredit akan ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150.

eWallet eBelia RM150

Melalui program ini, ia akan memberi manfaat kepada 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta. Program ini dijangka akan dilaksanakan mulai Jun 2021.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY