Melibatkan operasi pembekal dari LG.
LG Innotek dilaporkan terpaksa memberhentikan operasi kilang mereka ketika ini selepas seorang pekerja di kilang itu disahkan dijangkiti Covid-19.
LG Innotek adalah pembekal dari Korea Selatan yang membekalkan modul kamera kepada Apple bagi barisan model iPhone.
Kilang yang terletak di dalam daerah Gumi itu hanya akan beroperasi semula pada tengah hari, hari Selasa.
Sehingga kini masih menjadi persoalan adakah Apple akan mampu memenuhi permintaan pengguna di seluruh dunia selepas operasi kilang pembekal mereka dihentikan kerana Covid-19.
Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada Apple. Tetapi juga syarikat-syarikat pengeluar utama telefon pintar yang lain.
Sebelum ini telah dilaporkan, operasi kilang Samsung di Korea Selatan yang mengeluarkan model telefon pintar boleh lipat Samsung Fold dan model terbaru Galaxy Z Flip dan Galaxy S20 telah ditutup selepas pekerja mereka disahkan dijangkiti Covid-19.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Teknik "Penyembelih Khinzir" Diguna Bagi Menyelinap Masuk 3 Aplikasi Ini Ke Dalam Stor Apple Dan Google
- Harga Rasmi Apple Watch Series 5 Dan Series 3 Versi Selular Di Malaysia
- Apple Tidak Lagi Menawarkan Model iPhone 7, iPhone XS dan XS Max Di laman Apple Store
- Komputer Riba Terbaru Apple Macbook Pro 16 Inci Diperkenalkan Secara Rasminya
- Apple Sahkan Acara Tahunan WWDC 2024 Akan Berlangsung Jun Ini
- Lupakan iTunes - Servis Penstriman Apple Music Sudah Boleh Diakses Terus Dari Pelayar
- Apple Jatuh Satu Anak Tangga Dalam Kedudukan Fortune 500 2020
- Pengguna Telefon Pintar iPhone Dan Android Dilaporkan Digodam Perisian Intip 'Hermit'
- Samsung Pintas Apple Terajui Telefon Pintar Dunia Dengan Huawei Bangkit Semula
- Apple Dan Google Membuang 3 Aplikasi 'Dating' Ini Kerana Pengguna Boleh Terdedah Kepada Pemangsa Seksual