Apple Watch Series 5 berharga dari RM1,749.
Apple menerusi laman rasmi Apple Malaysia telah mendedahkan harga rasmi bagi jam pintar terbaru mereka iaitu Apple Watch Series 5.
Apple Watch Series 5 terdapat pilihan model Aluminium Case dan Steel Case, Walaubagaimanapun, hanya model Aluminium Case sahaja menawarkan pilihan GPS atau Selular.
Bagi Apple Watch Series 5 model Aluminium Case dengan sokongan sambungan GPS sahaja, ia berharga dari RM1,749.00 (saiz 40mm) dan RM1849.00 (saiz 44mm).
Untuk Apple Watch Series 5 model Aluminium Case dengan sokongan sambungan GPS dan Selular pula berharga dari RM2,199.00 (saiz 40mm) dan RM2,349.00 (saiz 44mm).
Manakala bagi model premium Apple Watch Series 5 yang menggunakan kerangka Steel Case hanya ditawarkan dengan sokongan GPS dan Selular berharga dari RM2,999.99 (saiz 40mm) dan RM3,249.00 (saiz 44mm).
Tetapi harga tersebut boleh mencecah sehingga RM4,849.00, bergantung kepada kustomasi padanan tali jam pintar tersebut.

Sementara itu, Apple Watch Series 3 versi GPS dan Selular juga kini turut ditawarkan dan berharga dari RM1,299.00 (saiz 38mm) dan RM1,449 (saiz 42mm).
Untuk info lanjut, layari laman rasmi Apple Malaysia.
Berkaitan
- Sah Siri vivo V25 Bakal Hadir Ke Malaysia Hujung Bulan Ini
- Digi Berjaya Merangkul 3 Anugerah Utama Di Majlis Star Rating Award 2018
- Xiaomi Merancang Akan Melancarkan Sebanyak 10 Model Telefon Pintar 5G Tahun Hadapan
- Beli HUAWEI MatePad Pro Generasi Baru Dan Terima Hadiah Bernilai RM1,300
- Malaysia Menjadi Rakan Forum 5G APAC GSMA
- Taiwan Memberhentikan Penjualan 3 Model Telefon Pintar Huawei Demi Maruah Negara
- Ini Cara Aktifkan Dan Senarai Peranti Yang Menyokong Samsung Pay Di Malaysia
- Cara Mendaftar Akaun Banci Malaysia 2020
- iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max Diumumkan, Kini Dengan ProMotion 120Hz
- 10 Aplikasi "Dating" Ini Paling Popular Di Malaysia Sepanjang Tahun 2021