Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Telefon Pintar iPhone Dan Android Dilaporkan Digodam Perisian Intip ‘Hermit’

Pengguna Telefon Pintar iPhone Dan Android Dilaporkan Digodam Perisian Intip ‘Hermit’

Diterbitkan Jun 24, 2022 oleh ariff bukhari

Google dalam satu laporan terkininya mendedahkan bahawa sebuah syarikat berpangkalan di Milan, Itali bernama RCS Lab telah membangunkan perisian khas bagi mengintip mesej sulit dan orang hubungan dalam telefon pintar iPhone dan Adroid.

Laporan itu mendakwa, perisian intip itu dibangunkan untuk penguatkuasa undang-undang Eropah yang didakwa sebagai pelanggan kepada syarikat tersebut.

Sasaran perisian intip itu pula adalah pengguna-pengguna iPhone dan Android di dalam negara Itali dan Kazakhstan.

Ekoran itu, pihak Google menyatakan bahawa mereka telah memaklumkan kepada para pengguna telefon pintar Android di sana tentang kewujudan perisian intip yang dikenali sebagai Hermit itu bagi melindungi penggunanya.

Pihak Apple juga dilaporkan sudah bertindak bagi melindungi penggunanya di sana.

Google menjelaskan, Hermit bertindak dengan menyerupai laman sesawang sebenar bagi mengaburi mangsanya tetapi pada masa yang sama menjalankan kerja-kerja pengintipan disebalik tabir tanpa disedari mangsa.

Google dalam laporan itu juga menyatakan, pengkomersilan perisian intip yang meningkat secara mendadak kini sebagai membimbangkan.

Sumber:  The Guardian

Baca juga:

  • Pengguna Di Malaysia Didapati Semakin Kurang Membeli Telefon Pintar – IDC
  • Menteri Gesa MCMC Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi
  • 200 Tiang Lampu Jalan Dengan 5G Akan Dibina Di Kuala Lumpur

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY