Operasi kilang dihentikan serta-merta. Kilang dijangka hanya akan mula beroperasi selepas 24 Februari.
Penularan wabak Covid-19 kini mula merebak ke dalam negara Korea Selatan pula apabila WHO melaporkan Republik Korea Selatan kini menjadi negara paling cepat merebaknya Covid-19.
Setakat semakan terbaru dari laporan oleh WHO, Korea Selatan kini sudah mengesahkan bahawa kes jangkitan Covid-19 di dalam negara tersebut sudah berjumlah lebih daripada 400 kes.
Sekaligus menjadikannya lokasi di luar negara China dengan kes tertinggi Covid-19 setakat ini.
Virus yang tidak mengenal mangsa itu juga kini dilaporkan turut menjangkiti pekerja kilang milik Samsung.
Berdasarkan kepada laporan dari beberapa laman sesawang Republik tersebut, Samsung telah mengesahkan bahawa pekerja kilang mereka yang terletak di Bandar Gumi, Korea Selatan telah disahkan positif Covid-19.
Akibatnya, kilang tersebut yang terletak 200KM dari Bandar Seoul itu kini telah diberhentikan operasinya serta-merta.
Kilang itu dilaporkan adalah kilang utama bagi pengeluaran 2 model telefon pintar lipat Samsung iaitu Galaxy Fold dan Galaxy Z Flip.
Walaupun operasi pengeluaran 2 model telefon pintar lipat itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu ini, Samsung menyatakan kesannya adalah minima kepada mereka.
Namun begitu, masih terlalu awal untuk mengetahui kesan jangka panjangnya terhadap Samsung. Ini kerana jika penularan wabak Covid-19 tidak dikekang dengan segera di negara tersebut, ia pasti akan memberikan kesan buruk kepada Samsung untuk memenuhi permintaan pelanggan di seluruh dunia terhadap model terbaru telefon pintar lipat keluaran mereka itu.
Sumber: GSMArena
Berkaitan
- Sony Memperkenalkan Peranti Muzik Klasik 'Sony Walkman' Di IFA 2019
- Penyelidik Mendakwa Terdapat Kecacatan Keselamatan Kritikal Pada 100 Juta Telefon Pintar Samsung
- Pengguna Telefon Pintar Samsung Galaxy Terima Kemas Bulan Mei
- Rasmi, Samsung Umum One UI 6
- Tampil Dengan Kelainan, TM Hasilkan Muzik Video Janaan AI
- Samsung Mendakwa Galaxy Z Flip Mampu Bertahan Sehingga 200 Ribu Kali Ulang Lipat
- Lebih 10 Ribu Aplikasi Android Dalam Telefon Pintar Samsung Galaxy Didakwa Dihadkan Prestasinya
- Galaxy Z Fold3 Dan Flip3 5G Dilengkapi Dengan Ciri Perlindungan Bateri
- Razer Perkenalkan Model Terbaru Komputer Riba Razer Blade 15
- Pengguna Telefon Pintar Samsung Galaxy Terima Kemas Kini Keselamatan Baharu