Apple menyatakan ia sebagai komputer riba profesional terbaik di dunia.
Selepas hangat dengan khabar angin sejak Mac lalu, Apple akhirnya memperkenalkan secara rasminya model terbaru Macbook Pro 16″ kepada umum yang Apple nyatakan sebagai komputer riba profesional terbaik di dunia.
Apple nyatakan ia sebagai model komputer riba profesional kerana secara khusus Apple mensasarkan penggunanya adalah terdiri daripada pembangun perisian, jurugambar profesional, pembikin filem, ahli saintis, pemuzik profesional serta mereka yang mahukan perkakasan terbaik untuk tugasan harian mereka.
Rekaan papan kekunci terbaru
Selain saiz, Apple turut melengkapi rekaan papan kekunci terbaru “Magic Keyboard“ yang menggunakan rekaan gunting menggantikan rekaan papan kekunci bermasalah, butterfly serta kembalinya semula butang kekunci esc.
Spesifikasi
Terdapat 2 model Macbook Pro 16″ ditawarakan iaitu model yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Gen-9, 2.6GHz 6 Teras, storan berkapasiti 512 GB, RAM 16GB dan grafik yang dikuasakan oleh 7nm AMD Radeon Pro 5300M dengan 4GB memori. Model ini berharga dari RM10,499.00.
Manakala model keduanya adalah Macbook Pro 16″ yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Gen-9, 2.3GHz 8 Teras, storan berkapasiti 1TB, RAM 16GB dan grafik yang dikuasakan oleh 7nm AMD Radeon Pro 5500M dengan 4GB memori. Model ini berharga dari RM12,199.00.
MBP 16″ 2019 ini akan mula ditawarkan di pasaran A.S minggu ini dan pasaran seluruh dunia kemudiannya.
Untuk pengetahuan anda, kemunculan Macbook Pro 16″ juga menandakan penamatan keluaran model MBP 15″ sepenuhnya.
Berkaitan
- Apple Disaman Berkaitan Aduan Isu 'Loop Disease' Pada iPhone 7
- 'Takut' Dengan Mate 60 Pro, Seorang Ahli Parlimen A.S Gesa Eksport Teknologi Ke China Diperketat
- Apple Diam-Diam Menaik Taraf Limitasi Kadar Cerahan Skrin Retina Macbook Air 2018
- Ada Apa Dengan Logo Acara Istimewa Apple 2019?
- Apple Bakal Menaik Taraf Macbook Pro 13" Keluaran 2017
- Apple Lancar AirPods Pro Gen-2 Dan EarPods Dengan Sambungan USB-C
- Seorang Profesor Dari Universiti California Didapati Bersalah Kerana Menyeludup Keluar Cip Aplikasi Ketenteraan Kepada China
- Pekerja Apple Dilaporkan Supaya Kunci Mulut Isu Tahap Elektromagnet iPhone 12
- Televisyen Xiaomi Mi Full Screen TV Pro Hanya Berharga Dari ~RM880
- Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara