Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembangun Cip Pemprosesan Baru Dari China Ini Akan Melancarkan Cip Phytium 7nm Dan 5nm

Pembangun Cip Pemprosesan Baru Dari China Ini Akan Melancarkan Cip Phytium 7nm Dan 5nm

Diterbitkan Julai 25, 2020 oleh ariff bukhari

Lebih dulu dari Intel Pentium.

Intel sebelum ini memaklumkan bahawa cip pemprosesan 7nm mereka hanya akan hadir pada tahun 2022 atau 2023.

Tetapi pembangun cip pemprosesan terbaru dari China yang dikenali sebagai Phytium menyatakan bahawa mereka akan hadir dengan cip pemprosesan 7nm pada lewat 2021.

Tidak setakat itu, mereka juga mendakwa bersedia untuk melancarkan cip pemprosesan 5nm dengan teras pemprosesan antara 128 hingga 512 teras.

Phytium telah pun melancarkan cip pemprosesan terbaru mereka khusus untuk pelayan iaitu Tengyun S2500 yang berasaskan arkitektur pemprosean 16nm baru-baru ini.

Proses pengilangan cip tersebut dibuat oleh TSMC.

Tetapi Phytium bukanlah satu-satunya pembangun cip pemprosesan dari China yang bercita-cita menyaingi Intel dan AMD, sebaliknya terdapat sebuah lagi pembangun cip pemprosesan dari China iaitu Zhaoxin yang  turut sama mendakwa cip pemprosesan mereka mampu menandingi cip Intel dan AMD.

Sumber: NoteBook Check

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY