Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembangun Aplikasi ToTok Didakwa Mengintip Penggunanya

Pembangun Aplikasi ToTok Didakwa Mengintip Penggunanya

Diterbitkan Disember 23, 2019 oleh ariff bukhari

Apple dan Google telah membuang ToTok dari stor mereka.

Sebuah aplikasi sembang sosial popular, ToTok didakwa adalah sebuah aplikasi intip yang menjejaki penggunanya.

Menurut laporan oleh New York Times, aplikasi tersebut didakwa mengakses data teks yang dihantar pengguna, mengutip data lokasi serta merakam audio menerusi peranti.

ToTok adalah aplikasi sembang sosial alternatif kepada WhatsApp dan Skype yang dibangunkan oleh firma yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatau (UAE).

Pembangun Aplikasi ToTok Didakwa Mengintip Penggunanya
Firma yang mempunyai kaitan aktiviti perlombongan data aplikasi ToTok dikesan beroperasi dari dalam bangunan Aldar, Abu Dhabi, UAE.

Susulan daripada pendedahan aktiviti aplikasi tersebut, pihak Google dan Apple telah membuang aplikasi ToTok dari stor mereka.

Tetapi ia masih ditawarkan menerusi stor peranti masing masing seperti dari Huawei AppGalery.

Aplikasi ini masih berfungsi seperti biasa bagi pengguna yang sudah memasang aplikasi ini dalam peranti mereka. Tetapi sekiranya anda bimbang dengan privasi anda, bolehlah membuangnya sendiri.

Tidak lama selepas disekat dari Google Play Store dan Apple App Store, pembangun aplikasi ini telah respon bagi memaklumkan status mereka.

“Indeed, ToTok is temporarily unavailable in these two stores due to a technical issue. While the existing ToTok users continue to enjoy our service without interruption, we would like to inform our new users that we are well engaged with Google and Apple to address the issue.” ToTok Team

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY