Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembaharuan Lesen Memandu Boleh Dibuat Secara Dalam Talian Bermula Hari Ini

Pembaharuan Lesen Memandu Boleh Dibuat Secara Dalam Talian Bermula Hari Ini

Diterbitkan Oktober 16, 2020 · Dikemas kini Oktober 16, 2020 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) awal Oktober lalu telah mengumumkan pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 16 Oktober 2020.

Berikutan itu, anda kini boleh memperbaharui lesen memandu secara dalam talian melalui sistem myEG bermula hari ini. Untuk melakukan transaksi termasuk pembaharuan lesen memandu melalui sistem ini, pendaftaran akaun perlu dibuat terlebih dahulu.

lesen memandu dalam talian

Setiap pembaharuan lesen memandu ini hanya boleh dilakukan untuk pemilik akaun yang mendaftar sahaja. Ini bermakna, anda tidak boleh membuat pembaharuan lesen memandu bagi pihak ketiga.

Sementara itu, tempoh pembaharuan lesen adalah dari 1 hingga 5 tahun. Terdapat dua kaedah pengambilan yang boleh dilakukan sama ada melalui Pusat e-Khidmat (terhad kepada beberapa kawasan sahaja) atau secara penghantaran (delivery).

Caj dan tempoh penghantaran adalah mengikut kawasan dengan 2 hingga 5 hari bekerja. Bagi proses pembayaran pula, terdapat dua kaedah yang disediakan iaitu secara kad kredit atau perbankan dalam talian (online banking).

Untuk maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen memandu secara dalam talian, layari laman myEG.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY