Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Di Dalam Kapal Terbang

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Di Dalam Kapal Terbang

Diterbitkan September 28, 2022 oleh Amalina Athman

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang, berkuat kuasa serta merta pada hari ini iaitu 28 September 2022.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KKM memaklumkan keputusan itu diambil berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta setelah mengambil kira keperluan terkini. Pihak KKM  menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini.

Berkaitan

  • Berkuat Kuasa Serta-Merta, Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Kecuali Situasi Tertentu
  • 15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kelonggaran Pemakaian Pelitup Muka

Selain itu, kelonggaran tersebut juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan sebagainya. Akan tetapi, KKM menyatakan keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang juga masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.

Sebagai tambahan, KKM amat menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu berikut:

  1. Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema.
  2. Individu berisiko tiggi seperti warga tua, berpenyakit kronik, imuniti rendah dan ibu mengandung.
  3. Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY