Teknologi storan yang mampu menyimpan kapasiti data yang lebih besar dalam saiz yang kecil.
Selepas lebih 3 tahun diumumkan, Seagate akhirnya memaklumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk memasarkan storan yang menggunakan teknologi Heat Assisted Magnetic Recording (HAMR) dalam tahun 2020 ini.
Untuk peringkat awal, storan berkapasiti 18TB dan 20TB akan ditawarkan terlebih dulu dalam tahun ini.
Tetapi Seagate akan menghasilkan storan HAMR berkapasiti sehingga 100TB yang dijangka akan ditawarkan kepada pengguna dalam tahun 2025 nanti.
Teknologi storan HAMR mula diumumkan oleh Seagate pada awal tahun 2017 dahulu. Ia merupakan teknologi yang menggunakan pancaran laser bagi membaca dan menulis bit data di atas cakera storan dengan lebih stabil.
Teknologi ini juga memberikan kelebihan dari segi kemampuan menyimpan data bersaiz besar di dalam saiz fizikal storan yang kecil.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=25&v=aUHAd36BDTc&feature=emb_logo
Pembangunan teknologi HAMR bukan sahaja diusahakan oleh Seagate sahaja. Tetapi juga beberapa pengeluar storan lain seperti Showa Denko turut membangunkan teknologi HAMR mereka sendiri.
Sumber: Ars Technica
Berkaitan
- Bukan Lagi 15GB Tapi 1TB Storan Awan Percuma Kepada Semua Pengguna Google Workspace
- Kemas Kini Windows 10 May 2020 Menimbulkan Masalah Serius Pada Storan Intel Optane
- Google Akan Memperbetulkan 'Pepijat' Yang Menyebabkan Pengguna iPhone Boleh Mengakses Storan Tanpa Had Di Google Photos
- Papan Menu Restoran Segera Digodam Papar Sokong Israel, 2 Individu Ditahan
- Dulu Pengeluar Perkakasan Lampu Dan Tripod, Kini Turut Mengeluarkan Storan Kad SD Dan CF
- Saintis China Sedang Bangunkan Cakera Optik Dengan Storan 1.6 Petabit
- Google Tidak Lagi Menawarkan Servis Storan Tanpa Had Percuma Untuk Google Photos Pada Tahun Hadapan
- Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion
- Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video
- Seagate Menjadi Syarikat Pertama Memasarkan Storan HDD Sehingga 3 Zettabyte