Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Firma Israel Eksploitasi Kecacatan Keselamatan iPhone Bagi Mengintip Mangsanya

Papan Menu Restoran Segera Digodam Papar Sokong Israel, 2 Individu Ditahan

Diterbitkan November 6, 2023 oleh ariff bukhari

Satu insiden melibatkan penggodaman ke atas papan menu digital sebuah restoran makanan segera telah dilaporkan berlaku di Kuala Langat Selasa lepas.

Pengurus restoran makanan segera itu melaporkan, papan menu makanannya telah digodam dengan tiba-tiba berubah kepada paparan gambar produk makanan mengandungi darah, bom, peluru dan tulisan ‘Proud Sponsors of Israeli Terorrism’.

Selepas menerima laporan daripada pengurus restoran makanan segera itu, pihak PDRM, Selangor telah berjaya memberkas 2 lelaki berusia 26 tahun di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Polis Selangor juga memaklumkan, 2 individu itu dipercayai turut terlibat dengan aktiviti sama di sebuah lagi premis di sekitar kawasan berkenaan.

Polis masih menyiasat kes ini dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Berkaitan

  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Buang Segera Aplikasi Ini Kalau Ada Di Telefon Anda Sebab Ada 'Adware'
  • BNM Beri Amaran, Hati-Hati Dengan Aplikasi Pelancongan Palsu

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY