Dulu Pengeluar Perkakasan Lampu Dan Tripod, Kini Turut Mengeluarkan Storan Kad SD Dan CF

Satu lagi pilihan kad storan tahan lasak selain Sony.


Manfrotto adalah sebuah jenama dari syarikat Itali yang sedia popular dengan barisan produk utamanya untuk penggambaran seperti tripod, lampu dan perkakasan penggambaran yang lain.

Tetapi syarikat itu juga kini turut mengeluarkan storan kad SD jenamanya sendiri menerusi Manfrotto Pro Rugged.

Manfrotto menyatakan bahawa storan kad SD Pro Rugged mereka adalah kad storan tahan lasak yang kalis air dan debu.  Jadi, kad SD Manfrotto kini memberikan pilihan alternatif kepada pengguna yang mahukan kad SD tahan lasak selain dari Sony Tough.

Manfrotto mendakwa kad storan mereka adalah 3 kali lebih tahan lasak daripada kad storan biasa yang mana ia mampu menahan impak sekuat 36kg dan mampu menahan beban (dari dibengkok) sehingga 20kg.

Kad storan Manfrotto Pro Rugged ditawarkan dalam 3 format kad iaitu SD, CF dan microSD.

Kapsyen: Barisan kad storan tahan lasak terbaru dari Manfrotto Pro Rugged.


Dari segi prestasi pula, ketiga-tiga kad storan Manfrotto ini mampu mencapai bacaan dan menulis selaju 280/250Mbps (Manfrotto SD), 90/90Mbps (Manfrotto microSD) dan 160/130Mbps (Manfrotto CF).

Barisan kad storan Manfrotto ini sudah boleh dibeli menerusi laman rasmi mereka yang dijual pada harga istimewa iaitu dari USD31.99 (Manfrotto microSD 64GB), USD79.99 ( (Manfrotto Pro Rugged CF) dan USD57.50 ((Manfrotto Pro Rugged SD 64)

Sumber: PetaPixel

Berkaitan