Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemacu Storan HAMR Dari Seagate Akan Dipasarkan Dalam Tahun Ini

Pemacu Storan HAMR Dari Seagate Akan Dipasarkan Dalam Tahun Ini

Diterbitkan Februari 10, 2020 oleh ariff bukhari

Teknologi storan yang mampu menyimpan kapasiti data yang lebih besar dalam saiz yang kecil.

Selepas lebih 3 tahun diumumkan, Seagate akhirnya memaklumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk memasarkan storan yang menggunakan teknologiĀ Heat Assisted Magnetic RecordingĀ (HAMR) dalam tahun 2020 ini.

Untuk peringkat awal, storan berkapasiti 18TB dan 20TB akan ditawarkan terlebih dulu dalam tahun ini.

Tetapi Seagate akan menghasilkan storan HAMR berkapasiti sehingga 100TB yang dijangka akan ditawarkan kepada pengguna dalam tahun 2025 nanti.

Teknologi storan HAMR mula diumumkan oleh Seagate pada awal tahun 2017 dahulu. Ia merupakan teknologi yang menggunakan pancaran laserĀ bagi membaca dan menulis bit data di atas cakera storan dengan lebih stabil.

Teknologi ini juga memberikan kelebihan dari segi kemampuan menyimpan data bersaiz besar di dalam saiz fizikal storan yang kecil.

Pembangunan teknologi HAMR bukan sahaja diusahakan oleh Seagate sahaja. Tetapi juga beberapa pengeluar storan lain seperti Showa Denko turut membangunkan teknologi HAMR mereka sendiri.

Sumber: Ars Technica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY