Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelayar Opera GX Kini Dengan Ciri ‘Network Limiter’

Pelayar Opera GX Kini Dengan Ciri ‘Network Limiter’

Diterbitkan September 16, 2019 · Dikemas kini September 16, 2019 oleh ariff bukhari

Ciri yang membolehkan pengguna meningkatkan prestasi permainan dan penstriman.

Pada pertengahan tahun ini, Opera telah pun telah mengumumkan kehadiran aplikasi pelayar sesawang terbaru yang dikenali sebagai Opera GX. Ia merupakan aplikasi pelayar yang dilengkapi dengan ciri tetapan khusus bagi membolehkan pemain permaian tegar atas talian membuat tetapan bagi membolehkan mereka bermain permainan secara strim tersebut dengan lancar serta pada tahap prestasi dan kualiti visual terbaik.

Dalam kemas kini terbaru bagi pelayar tersebut, Opera telah memuatkan beberapa lagi ciri tambahan istimewa lain pada pelayar tersebut. Salah satu ciri utama terbaru yang dimuatkan adalah ‘Network limiter’.

Ciri tersebut dapat meningkatkan prestasi permainan atas talian serta servis penstriman pengguna khusunya jika mereka menggunakan rangkaian yang perlahan, bermain sambil memuat turun fail pada masa yang sama dan bermain, strim memuat turun fail secara serentak serta menonton video menerusi Twitch, Netflix atau YouTube sambil bermain permainan atas talian.

Ciri tersebut pertama kali dipertontonkan kepada umum di pameran Gamescom 2019 pada lewat Ogos lalu..

Selain ciri tersebut, ciri baru lain yang dimuatkan adalah penggunanya akan dimaklumkan keluaran permainan video terbaru yang akan berada di pasaran, penambahbaikan sokongan bagi pengguna Twitch dan peranti Razer Chroma.

Menurut Opera, setakat ini pelayar Opera GX sudah dimuat turun lebih daripada 1 juta kali oleh penggunanya di seluruh dunia.

Opera GX masih dalam peringkat pembangunan dan versi penuhnya dijangka akan mula dilepaskan pada lewat tahun ini juga. Buat masa ini ia hanya ditawarkan pada pengguna sistem Windows (32bit/64bit) sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci M6 Kini Rasmi, Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY