Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome 76 Kini Menyokong Tema Gelap Dan Membuang Butang Pengaktifan Flash

Pelayar Chrome Versi 77 Kini Dilengkapi Ciri Kawalan Pemain Media

Diterbitkan September 28, 2019 · Dikemas kini September 28, 2019 oleh ariff bukhari

Membolehkan anda mengawal media terus dari antaramuka pelayar.

Dalam kemas kini terbaru aplikasi pelayar Chrome 77 versi komputer, Google telah memuatkan salah satu ciri tersembunyi yang amat berguna kepada penggunanya.

Secara khususnya, versi Google Chrome 77.0.3865.90 mengandungi ciri yang dikenali sebagai Global Media Controls. Mengaktifkan ciri tersebut akan membolehkan pengguna terus mengakses antaramuka kawalan bagi mengawal media yang dimainkan seperti dari laman YouTube dan Spotify menerusi butang  pintasan pada pelayar tersebut.

Pelayar Chrome Versi 77 Kini Dilengkapi Ciri Kawalan Pemain Media
Versi pelayar Google Chrome terbaru untuk pengguna komputer.

Bagi mengaktifkan butang pintasan Global Media Controls  itu, anda perlu memasukkan chrome://flags/ pada ruang URL pleyar Chrome. Seterusnya buat carian Global Media Controls.

Kemudian, pilih Enabled pada kotak pilihan dan klik pada butang Relaunch Now.

Pelayar Chrome Versi 77 Kini Dilengkapi Ciri Kawalan Pemain Media

Selepas itu, anda akan dapati terdapat butang pintasan baru pada antaramuka pelayar Chrome seperti rajah di bawah.

Pelayar Chrome Versi 77 Kini Dilengkapi Ciri Kawalan Pemain Media

Menerusi butang pintasan tersebut, anda boleh mengawal media yang sedang aktif di sesebuah laman sesawang terus dari antaramuka pelayar Chrome.

Butang itu pula hanya akan muncul sendirinya hanya apabila anda memainkan media dari laman sesawang seperti dari YouTube. Jika tiada media dimainkan, butang pintasan Global Media Controls itu tidak akan dipaparkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY