Hanya peranti pintar yang dikuasakan oleh versi Android 10 sahaja.
Anda mungkin sangkakan bahawa aplikasi pelayar Google Chrome di peranti pintar Android dijalankan dengan 64 bit.
Memandangkan sistem operasi Android mula menyokong arkitektur 64 bit sejak 2014 dahulu bermula dengan Android 5.0 Lolipop.
Tetapi untuk pengetahuan anda, apllikasi pelayar Chrome sebenarnya masih lagi menggunakan arkitektur 32 bit.
Namun begitu bermula dengan versi Chrome 85 nanti, aplikasi pelayar tersebut didakwa akan mula menyokong arkitektur 64 bit.
Menurut laporan oleh laman Android Police, versi pelayar Chrome 85 64 bit akan menjadikan pelayar tersebut lebih pantas berbanding versi Chrome 32 bit yang digunakan pengguna ketika ini.
Walaubagaimanapun, Android Police mendakwa aplikasi Chrome 64 bit itu hanya akan disokong oleh peranti pintar Android yang dikuasakan oleh versi Android 10 dan terbaru sahaja.
Manakala pengguna Android 9 dan ke bawah akan terus kekal menggunakan Chrome 32 bit.
Buat masa ini, Chrome 64 bit masih dalam peringkat beta menerusi Chrome 86 (Chrome Canary).
Berkaitan
- Terdapat 2 Kecacatan Utama Yang Sedang Dihadapi Pengguna Pelayar Chrome 79
- Waspada, Ribuan Fail APK Ada 'Malware' Mampu Lepasi Ciri Keselamatan Android
- 17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan
- Zenfone 6 Kini Menerima Kemas Kini Android 11
- 8 Laman Sesawang Ini Dikesan Menipu Dan Mencuri Data Bank Pengguna Peranti Android Di Malaysia
- PDRM Menasihatkan Pengguna Android Supaya Tidak Memuat Turun Fail APK Dari Sumber Tidak Sah
- Perisian Intip Terbaru Dari Russia Menyamar Dalam Pelbagai Kategori Aplikasi Popular Android
- Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Global Paling Berkuasa Setakat Disember 2023
- Perisian Hasad Baru Android Mengarahkan Penggunanya Ke Laman Palsu Menerusi Notifikasi
- Buang Segera Aplikasi Palsu Ini, Data Pengguna WhatsApp Versi Android Dalam Bahaya