Dalam satu pengumuman melalui media sosial syarikat itu, pelanggan Unifi dan Streamyx masih boleh mengakses iflix secara percuma sehingga 31 Disember 2017. Dengan tawaran yang dipanjangkan selama setahun ini, pengguna boleh menonton kesemua kandungan yang dipaparkan dalam katalog iflix tanpa dikenakan sebarang cas tambahan ke dalam bil internet anda.
Syarikat itu tidak menyatakan sama ada terdapat apa-apa perubahan kepada kaedah pengesanan tetapi ramai menganggap bahawa ia akan tetap sama. Di bawah pelaksanaan yang sedia ada, pelanggan UniFi dan Streamyx boleh mengakses iflix tanpa perlu mewujudkan butiran log masuk kerana ia dapat mengesan pelanggan tersebut secara automatik selagi akses awal dilakukan melalui sambungan UniFi atau Streamyx.
Untuk pengetahuan anda semua, akses percuma iflix hanya terdapat pada Streamyx 4Mbps dan 8 Mbps manakala semua pengguna UniFi boleh mengakses servis strim video itu. Layari laman web rasmi iflix untuk maklumat lebih lanjut.
Berkaitan
- Kingmax Perkenal SSD Mudah Alih KE31, Ruang Storan Sehingga 960GB
- Huawei Pindahkan Semua Perkhidmatan Mudah Alih Mereka Daripada Aspiegel Ltd Kepada Huawei Services (Hong Kong)
- Imej Rekaan Nova 5i Pro Perlihatkan 4 Kamera Belakang
- Lagi Telefon Pintar Xiaomi Dengan Kamera 108MP?
- Kanak-Kanak 10 Tahun Ini Berjaya Nyahkunci FaceID iPhone X Milik Ibunya
- Telefon Samsung Yang Dioperasikan Oreo Akan Memberikan Nama Screenshot Berdasarkan Aplikasi
- Tencent Lancarkan Platform Jualan Permainan WeGame X Untuk Pengguna Global
- ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD
- Aplikasi Google Contacts Kini Ditawarkan Pada Telefon Pintar Android Yang Lain
- Pelancaran Rasmi OPPO R9s Plus, Di Jual Pada Harga RM 2498