Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
astro feature image

Pelanggan Jalur Lebar Astro Meningkat Menerusi BIZfibre Dan Ultra Box

Diterbitkan Disember 16, 2022 · Dikemas kini Disember 16, 2022 oleh ariff bukhari

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dalam laporan kewangan suku tahun ketiga bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2023 menyatakan bahawa mereka mengambil peluang dalam pembangunan pasaran jalur lebar.

Antara usaha yang dilakukan adalah dengan melancarkan BIZfibre untuk pelanggan-pelanggan enterprise mereka.

Astro Lancar Pelan Jalur Lebar BIZfibre, Tawar Pakej Internet Lebih Baik Untuk SME

BIZfibre menawarkan ketersambungan yang pantas, lebih dipercayai dan stabil serta gabungan yang sempurna kepada pek TV komersial Astro yang memaparkan sukan siaran langsung, program TV terbesar, filem blokbuster serta berita terkini.

Astro juga terus menawarkan lebih banyak tawaran pilihan dan kemudahan dengan pek TV, Sports Plus dan Movies Plus termasuk Netflix.

Berkaitan

  • Astro Perkenalkan Ciri Profil Multipengguna Untuk Ultra & Ulti Box Dan Astro GO
  • Astro Lancar 'Astro Experience Store' Pertama Di Pulau Pinang
  • Pelanggan Astro Kini Boleh Strim BBC Brit, CBeebies Dan 3 Lagi Jenama Global BBC

Malah baru-baru ini Astro telah menambah aplikasi BBC Player ke Ultra Box yang membolehkan penonton strim rancangan kegemaran mereka daripada jenama-jenama global BBC seperti BBC First, BBC Brit, BBC Earth, BBC Lifestyle dan CBeebies.

BM BBC Player app on Astro

Tidak cukup setakat itu, Astro memaklumkan pelanggan mereka akan dapat menoton lebih banyak lagi siaran baru dengan kehadiran beIN SPORTS CONNECT, iQIYI dan TVB Anywhere+ yang akan tersedia di Ulti Box pada minggu hadapan.

Ia akan terus disusulu dengan Viu yang bakal menyusul tidak lama lagi bersama-sama 8 perkhidmatan penstriman Astro baharu.

Sumber: Media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY