Pelanggan Astro IPTV Kini Boleh Naik Taraf Astro Ultra Box Secara Percuma

Astro hari ini mengumumkan bahawa setiap pelanggan IPTV kini boleh menaik taraf ke Astro Ultra Box. Ultra Box merupakan penawaran Astro dengan kandungan 4K UHD, rakaman awanan, dan pelbagai fungsi menarik lagi.

Untuk naik taraf ke Ultra Box ini, ia ditawarkan dalam bentuk berikut:

  • Buat masa ini, naik taraf ini hanya tersedia untuk pelanggan IPTV yang menggunakan rangkaian Maxis Fiber sahaja.

  • Untuk pelanggan IPTV dengan Pek Family, tiada naik taraf yang ditawarkan.

  • Pelanggan Pek Super dan Pek Super Plus sedia ada boleh naik taraf Ultra Box dengan rebat sebanyak RM20/bulan.

  • Pelanggan baharu IPTV dari Pek Starter seterusnya boleh naik taraf Ultra Box percuma dengan rebat RM10/bulan.


Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman Astro & Broadband.

Berkaitan