Menurut Henry Tan, CEO Astro Group, beliau mengatakan 70% pelanggan astro mempunyai TV 4K. Dengan pelancaran Ultra Box, ia dilihat tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk melihat kandungan 4K UHD.
Kotak TV Astro Ultra BoxAntara ciri-ciri tontonan yang dipertingkatkan dalam Astro Ultra Box adalah:
- Astro Cloud Recording: Pelanggan boleh merakam pelbagai program secara serentak dan simpan di Astro Cloud yang boleh diakses pada mana-mana peranti dan pada bila-bila masa. Pelanggan diberikan 200 jam penyimpanan HD secara percuma dan boleh ditambah sehingga 1500 jam pada harga RM15 sebulan.
- Play from Start: Kelebihan buat penonton - jika anda berada pertengahan program, klik butang restart untuk menonton semula program dari awal.
- New Home Screen: Membolehkan carian kandungan dengan lebih mudah. Semua program yang dipaparkan tersedia untuk ditonton tanpa dikenakan bayaran kecuali program yang dipaparkan dalam Store.
- Discover and Stream VOD: Sambungkan Ultra Box ke internet dan nikmati lebih 50,000 video on demand di rumah atau melalui Astro GO.
- Search: Carian mudah untuk kandungan dari katalog yang merangkumi siri TV, filem, program kanak-kanak, kandungan langsung dan rakaman anda sendiri. Cari mengikut padanan tajuk program, pelakon, pengarah dan juga saluran.
- Multi-screen and Stop Here, Continue There: Hentikan siaran pada satu peranti dan sambung semula siaran anda di peranti lain.
Kos untuk memasang kotak TV Astro Ultra Box ini adalah percuma jika anda pelanggan pakej RM100 dan ke atas. Manakala bayaran RM199 pula untuk pelanggan pakej bawah RM100.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Astro Ultra Box, layari laman ini.
Sumber: Astro Ultra Box
Berkaitan
- Pelanggan Astro IPTV Kini Boleh Naik Taraf Astro Ultra Box Secara Percuma
- Lawak Kampus Akan Dijadikan Siri Animasi TV Oleh Studio Lil Critter Workshop
- Pelanggan Astro Sports Pack Boleh Tonton Kesemua Saluran Astro Secara Percuma
- Intel Umum CPU Generasi Ke-11 Tiger Lake Dengan Grafik Xe Terbina Untuk Komputer Riba Ultrabook
- Harga Samsung Galaxy S22 Ultra Mungkin Mencapai Sehingga RM6399 Di Malaysia - Guna Cip Snapdragon 8 Gen 1
- Xiaomi Mi 10 Ultra Mengalahkan Huawei P40 Pro Sebagai Raja Kamera Baharu DxOMark
- Chromecast Baharu Google Kini Hadir Dengan Antara Muka Google TV
- Tonton Kesemua 22 Saluran Astro Go Secara Percuma Menerusi Telefon Pintar
- S-Pen Eksklusif Untuk Samsung Note? Ice Universe Kata S21 Ultra Pun Sokong
- Xiaomi Mi 10 Ultra Bakal Hadir Dengan Sokongan Zum 120X Dan Rekaan Belakang Lutsinar