Gabe Newell Berpendapat Xbox Series X Lebih Bagus Berbanding PS5

Gabe Newell atau lebih dikenali dengan nama Gaben, Lord Gaben dalam komuniti peminat PC merupakan pengasas bersama syarikat Valve.

Terbaru, beliau dilihat muncul dalam satu video temuramah bersama The Project NZ. Ditanya kepada beliau, antara konsol PS5 dan Xbox Series X yang manakah lebih bagus?

Beliau dengan pantasnya menjawab "Xbox."

Apabila dibalas mengapa beliau menjawab sedemikian, beliau berkata, "Sebab ia memang lebih bagus."

https://twitter.com/RSeriesxbox/status/1288104739851313154?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1288104739851313154%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.ign.com%2Fnews%2F162245%2Fgabe-newell-thinks-xbox-series-x-is-better-than-ps5

Gabe Newell tidak menjelaskan dengan lebih lanjut alasan spesifiknya. Cuma mengatakan jika dipilih antara kedua konsol tersebut, beliau akan memilih Xbox tanpa berfikir panjang.

Dari segi perbandingan, konsol dari Microsoft jelas mempunyai spesifikasi dan perkakas lebih berkuasa, namun kita semua tahu bahawa spesifikasi bukanlah segala-galanya.

Gabe Newell telah 'tersangkut' di New Zealand disebabkan perintah berkurung negara tersebut.

Beliau membuat kemunculan dalam rancangan tersebut untuk menceritakan pengalaman beliau ketika tinggal di negara tersebut.

Sumber: The Project NZ

 

Berkaitan