Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S24 Ultra

Prestasi Kamera Galaxy S24 Ultra Dijangka Dipertingkat Menerusi Kemas Kini One UI 6.1.1

Diterbitkan Jun 24, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung dijangka akan memperkenalkan kemas kini One UI 6.1.1 yang akan menambah baik prestasi kamera telefon pintar flagship premiumnya, Galaxy S24 Ultra.

Berdasarkan ura-ura dari IceUniverse, kemas kini One UI 6.1.1 untuk Galaxy S24 Ultra akan meningkatkan prestasi foto ‘outdoor‘ untuk kamera peranti tersebut.

Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan mempunyai beberapa isu semasa merakam foto ‘outdoor‘, di mana kamera mendedahkan senario secara berlebihan, terutamanya apabila objek terang seperti bunga ditangkap dalam cahaya matahari yang terang.

Jadi, menurut IceUniverse, kemas kini One UI 6.1.1 akan mengoptimumkan prestasi kamera Galaxy S24 Ultra, dan pengguna akan mendapat hasil foto ‘outdoor‘ yang lebih baik, khususnya di kawasan yang sangat terang.

https://x.com/UniverseIce/status/1804389654625685824

Buat masa ini, untuk mendapatkan pendedahan yang betul, pemilik siri Galaxy S24 perlu menggunakan mod manual dan mengurangkan kecerahan ekoran isu kamera peranti itu mencerahkan objek secara automatik, yang tidak tepat apabila merakam dalam mod auto di bawah cahaya matahari.

Selain daripada penambahbaikan kamera, kemas kini One UI 6.1.1 juga dijangka membawa ciri Galaxy AI baharu kepada siri Galaxy S24, dan kemudiannya kepada model lama.

Berkaitan

  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Harga Bag Tote 'Apple The Exchange TRX' Kini Dijual Lebih RM4,000

Sumber: Neowin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY