Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios android

EU Mahu Apple Jadikan iOS Lebih Seperti Android

Diterbitkan Jun 25, 2024 · Dikemas kini Jun 25, 2024 oleh ariff bukhari

Sejak pelaksanaan Akta Pasaran Digital (DMA) pada 2023, Kesatuan Eropah (EU) telah mengetatkan undang-undang terhadap syarikat-syarikat gergasi teknologi untuk memaksa mereka menggunakan pendekatan yang lebih terbuka di benua itu dan memecahkan monopoli mereka.

Antara yang paling banyak terima tekanan dari EU adalah Apple Inc di mana syarikat menghadapi penelitian ketat oleh EU ke atas dasar App Store dengan  dituduh menyekat pembangun dan mengenakan yuran yang berlebihan.

Siasatan ketidakpatuhan boleh membawa kepada tindakan lanjut terhadap Apple di bawah DMA.

Walaupun berusaha untuk mematuhi DMA, Apple sekali lagi mendapati mereka dalam dilema apabila pematuhan terhadap DMA menjadi medan konflik berterusan mereka, malah iPad berpotensi tertakluk kepada peraturan DMA pada masa hadapan.

Mereka telah dipaksa untuk menggunakan pendekatan seperti Android di EU iaitu dengan membenarkan amalan seperti ‘side load’ aplikasi yang sebelum ini dilarang pada peranti mereka.

Ia selepas EU mengumumkan bahawa iPadOS merupakan platform “gatekeeper” di bawah Akta Pasaran Digital (DMA).

Menurut definisi EU, Alphabet, Amazon, Apple, ByteDance, Meta dan Microsoft dilabelkan sebagai syarikat gatekeeper.

Bermakna platform mereka mempunyai sekurang-kurangnya 45 juta pengguna aktif bulanan di EU dan had pasaran mereka melebihi 75 bilion euro ($81.7 bilion).

Syarikat gatekeeper ini berada di bawah pengawasan ketat untuk mematuhi peraturan DMA, dengan kemungkinan denda sehingga 10% daripada hasil tahunan global mereka.

Ekoran itu, Apple dengan terpaksa, merelakan bahawa mereka akan membawa semua perubahan ekosistem aplikasi yang dibuat pada iOS di Kesatuan Eropah (EU) kepada iPadOS lewat tahun ini.

Apabila dilaksanakan nanti, pembangun di Eropah akan boleh memilih untuk mengedarkan aplikasi iPad di luar App Store seperti dari laman sesawang, pasaran aplikasi alternatif atau kekal dengan pilihan sedia ada.

Berkaitan

  • Apple Jelaskan Kenapa 'Sideload' Aplikasi Hanya Dihadkan Untuk Pengguna Eropah
  • Apple Sahkan Pengguna iPad Di Eropah Kelak Boleh 'Sideload' Aplikasi
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY