Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelanggan Apple Music Di Seluruh Dunia Kini Berjumlah 60 Juta

Pelanggan Apple Music Di Seluruh Dunia Kini Berjumlah 60 Juta

Diterbitkan Jun 30, 2019 · Dikemas kini Jun 30, 2019 oleh ariff bukhari

Masih jauh dibelakang Spotify.

Dalam temu ramah antara Numerama dengan Naib Presiden Kanan Perkhidmatan dan Perisian Internet Apple, Eddy Cue, beliau telah memaklumkan bahawa pelanggan Apple Music di seluruh dunia kini berjumlah 60 juta pelanggan. Ia termasuklah pelanggan percuma dan pelanggan berbayar servis tersebut.

Selain itu beliau juga turut memaklumkan bahawa pendengar stesen radio muzik Apple, Beats 1 kini telah pun mencecah 1 juta pendengar.

DigitalTrends
Walaubagaimanapun, Apple Music sebenarnya masih jauh dibelakang servis muzik strim dari Spotify yang dilaporkan mempunyai pelanggan seramai 217 juta pengguna aktif setiap bulan. Malah pengguna berbayar Spotify sahaja berjumlah lebih daripada 100 juta pelanggan premium. Apple Music mula dilancarkan pada Jun 2015 dahulu.

Kini Apple tidak lagi memberikan akses selama 3 bulan secara percuma untuk anda menggunakan servis tersebut. Sebaliknya, pengguna yang kali pertama menggunakan servis ini, mereka perlu membayar sebanyak RM0.90 untuk tempoh 3 bulan pertama (tempoh percubaan).

Bulan berikutnya, selepas tamat tempoh percubaan tersebut, pengguna perlu melanggan sebanyak RM14.90 bagi pakej individu dan RM22.90 bagi pakej keluarga (sehingga 6 orang). Tetapi sekiranya anda adalah pelajar universiti, anda boleh ikuti pakej pelajar universiti yang hanya berharga RM6.90 sebulan.

Setiap pakej pula boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

Pelanggan Apple Music Di Seluruh Dunia Kini Berjumlah 60 Juta

Sumber: Ilounge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY