Beberapa pengulas telefon pintar antarabangsa mendakwa peranti boleh lipat Samsung itu yang diberikan kepada mereka mengalami masalah berkaitan panel paparannya.
Menjawab masalah berkenaan, Samsung berkata mereka akan jalankan pemeriksaan terperinci pada setiap satu daripada unit yang menghadapi masalah tersebut.
Sehubungan dengan itu, pelancaran Samsung Galaxy Fold yang dijadualkan pada awal Mei ini terpaksa ditangguhkan buat seketika.
Ia telah diumumkan oleh Samsung melalui laman Newsroom-nya sebentar tadi. Langkah itu adalah tepat bagi memastikan setiap pembeli mendapat kualiti peranti yang setimpal dengan wang yang dibelanjakan nanti.
Walaubagaimanapun, pengeluar dari Korea itu masih belum mengumumkan tarikh pelancaran baru namun menjangkakan ia bakal diketahui dalam tempoh beberapa minggu mendatang.
Sumber: Samsung Newsroom
Berkaitan
- iPhone SE 2 Dikhabarkan Bakal Dilancarkan Pada Bulan Mei
- Xiaomi Mi 6X (Mi A2) Dengan Android One Bakal Diperkenalkan Di China Hari Ini
- Android Pie Dilaporkan Beri Masalah Bateri Kepada Peranti Yang Menggunakannya
- Nokia 8- Flagship Android Pertama Dari Nokia
- Telefon Android Juga Bakal Kehilangan Headphone Jack
- Samsung Galaxy S10 Versi Bajet Bakal Hadir Tanpa Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin
- "Saya Janji, Bateri Peranti Ini Tidak Akan Meletup" - CEO Samsung
- Siri Samsung Galaxy S10 Diperkenalkan Secara Rasmi, Boleh Dipra-Tempah Bermula Esok
- Samsung Galaxy S10 Plus Rekod Markah DxOMark Tertinggi, Kongsi Kedudukan Bersama Huawei Mate 20 Pro
- Pocophone F1 Armoured Edition Akan Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini