Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Model Flagship Dwi Kamera Oleh Xiaomi Bakal Berlangsung Minggu Hadapan

Pelancaran Model Flagship Dwi Kamera Oleh Xiaomi Bakal Berlangsung Minggu Hadapan

Diterbitkan Ogos 29, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Dikhabarkan Xiaomi sudah mula mengedarkan jemputan ke satu majlis pelancaran telefon pintar perdana dengan dwi kamera yang dijadualkan berlangsung di New Delhi pada 5 September ini.

Berdasarkan pendapat ramai, syarikat tersebut dijangka akan memperkenalkan Mi 5X pada acara tersebut yang mana ia bakal menembusi ke pasaran global yang lain. Pada Julai lalu, model ini sudahpun diumumkan secara rasmi di China.

Jika dilihat pada imej yang dimuat naik Xiaomi (seperti gambar diatas), dua lensa yang berbeza dari segi saiz dan mungkin seperti dwi kamera yang lain, satu untuk sudut luas dan satu lagi untuk telephoto.

Antara spesifikasi lain untuk Mi 5x adalah skrin paparan bersaiz 5.5 inci, RAM 4GB dan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 625.

Kedua-dua lensa kamera utama pula menggunakan lensa 12 megapiksel manakala kamera selfie menggunakan lensa 5 megapiksel. Model ini dijana oleh bateri dengan kapasiti 3080 mAh.

Untuk maklumat lanjut sama-sama kita nantikan acara pelancaran itu 5 minggu hadapan.

Pelancaran Model Flagship Dwi Kamera Oleh Xiaomi Bakal Berlangsung Minggu Hadapan

Sumber:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY